awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Switzerland berkabung kenang mangsa kebakaran bar pada malam Tahun Baharu
Lebih RM600,000 dibelanjakan bagi pendidikan di Parlimen Hang Tuah
Ngauman harimau di Proton CIty, Perhilitan hantar petugas untuk pantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Kelantan semakin berkurangan pada tengah hari

Bernama
Bernama
01/01/2017
06:22 MYT
Mangsa banjir di Kelantan semakin berkurangan pada tengah hari
Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,220 orang, dengan tiga pusat pemindahan turut ditutup tengah hari ini. - Foto Astro AWANI
Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,220 orang daripada 278 keluarga pada tengah hari berbanding 1,823 orang daripada 474 keluarga pagi tadi.
Tiga pusat pemindahan turut ditutup tengah hari ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Zainuddin Hussin berkata tiga pusat pemindahan berkenaan membabitkan dua pusat di Kuala Krai iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bedal dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh manakala sebuah lagi di Tanah Merah iaitu SK Lawang.
"SK Bedal sebelum ini menempatkan 397 mangsa daripada 121 keluarga, SMK Keroh menempatkan 35 mangsa daripada 20 keluarga manakala SK Lawang menempatkan 171 mangsa daripada 55 keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu tiga batang sungai utama di Kelantan menunjukkan penurunan paras air pada tengah hari, menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my.
Sungai Galas di Dabong menurun kepada 36.09 meter berbanding 36.40 meter. Paras bahaya bagi sungai berkenaan adalah 38 meter.
Sungai Lebir di Tualang pula berada di paras 31.76 meter berbanding 31.98 meter (paras amaran 35 meter) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai pada paras 24.70 meter berbanding 24.82 meter (paras amaran 25 meter).
Bagaimanapun, Sungai Golok di Rantau Panjang terus meningkat kepada 8.97 meter berbanding 8.83 meter (paras amaran 9 meter).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APM
#banjir kelantan
#mangsa banjir
#Zainuddin Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan