awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangunan Parlimen kini dilengkapi sistem CCTV canggih
JPJ Pulau Pinang kutip hasil RM190.55 juta tahun lepas
Konsensus Lima Perkara kekal panduan utama ASEAN tangani isu Myanmar - Menteri Luar Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Teluk Intan meningkat mendadak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/06/2019
08:44 MYT
Mangsa banjir di Teluk Intan meningkat mendadak
Kedalaman air di rumah-rumah yang terlibat mencecah sehingga ke paras pinggang atau kira-kira satu meter. - Foto ihsan APM
Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di daerah ini naik mendadak daripada 70 orang pada tengah hari kepada 101 orang pada petang tadi.
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hilir Perak, bilangan itu dijangka terus meningkat kerana hujan lebat masih berterusan.
Selain Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9, satu lagi kampung, iaitu Kampung Batu 7 1/2 pula dilanda banjir.
Kesemua mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong.
“Sekarang berlaku hujan lebat di daerah Hilir Perak dan operasi mengeluarkan mangsa di Lorong Mesra dijalankan ketika ini,” katanya di sini.
Kedalaman air di rumah-rumah yang terlibat mencecah sehingga ke paras pinggang atau kira-kira satu meter.
Foto ihsan APM.
Foto ihsan APM.
Lewat malam tadi, seramai 57 orang daripada 13 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka di dua kampung dekat sini dinaiki air.
Seramai 30 pegawai dan kakitangan daripada pelbagai agensi turut memantau situasi banjir dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#air
#banjir
#Hilir Perak
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana
#mangsa banjir
#operasi
#paras pinggang
#pusat pemindahan
#Teluk Intan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan