awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Terengganu kekal 204 orang setakat 8 pagi

Bernama
Bernama
09/01/2017
00:50 MYT
Mangsa banjir di Terengganu kekal 204 orang setakat 8 pagi
Di Kuala Terengganu, Sekolah Kebangsaan Gemuruh masih menempatkan 126 mangsa dari 38 keluarga seperti malam tadi. - Gambar fail / BERNAMA
Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal seramai 204 orang daripada 58 keluarga setakat 8 pagi ini.
Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi applikasi Infobanjir melaporkan di Kuala Terengganu, Sekolah Kebangsaan Gemuruh masih menempatkan 126 mangsa dari 38 keluarga seperti malam tadi.
Begitu juga di Dungun, ia kekal tidak berubah iaitu seramai 78 orang (20 keluarga) yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya melalui laman web www.met.gov.my mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama).
Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter dijangka melanda perairan Kelantan dan Terengganu hari ini.
Keadaan itu berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Kuala Terengganu
#mangsa banjir
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan