awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir dipindahkan di Johor berterusan meningkat

Bernama
Bernama
25/01/2017
02:18 MYT
Mangsa banjir dipindahkan di Johor berterusan meningkat
Daerah Segamat adalah kawasan yang paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 6,609 orang. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir yang berada di 70 pusat pemindahan seluruh negeri terus meningkat kepada 8,204 orang daripada 2,427 keluarga, setakat pukul 7 pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Datuk Ayub Rahmat berkata daerah Segamat adalah kawasan yang paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 6,609 orang membabitkan 2,012 keluarga berbanding 4,921 orang daripada 1,518 keluarga pada 10 malam tadi.
Katanya, jumlah pusat pemindahan yang dibuka di daerah itu turut bertambah kepada 50 berbanding 40 sebelum ini.
Di Tangkak, seramai 157 mangsa daripada 41 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan termasuk dua yang baru dibuka iaitu Sekolah Agama Simpang 5 Darat dan Sekolah Kebangsaan Bekoh.
Di Johor Bahru pula, seramai 88 mangsa daripada 24 keluarga berada di dua pusat pemindahan, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut beliau, di Kota Tinggi, seramai 1,003 mangsa daripada 249 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan, manakala di Kluang membabitkan 135 mangsa daripada 35 keluarga di empat pusat.
Bagi Batu Pahat, seramai 11 mangsa daripada tiga keluarga berada di sebuah pusat, Mersing (111 mangsa daripada 39 keluarga di sebuah pusat) dan Muar (90 mangsa daripada 24 keluarga, juga di sebuah pusat).
"Secara ringkasan, bilangan daerah yang terjejas adalah lapan kecuali Kulai dan Pontian," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bankjir Johor
#Kota Tinggi
#mangsa banjir
#pusat pemindahan
#Segamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan