Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 13,520 orang membabitkan 4,964 keluarga.

Kesemua mereka ditempatkan di 99 pusat pemindahan di sembilan daerah termasuk Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, setakat jam 9 pagi tadi Pasir Mas mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 8,553 mangsa.

Dua sungai masih berada di paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Golok di Kuala Jambu.

Tiga sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai, Sungai Kelantan di Kusial dan Sungai Kelantan di Jeti Kastam.