awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa gangguan seksual derita dalam diam - Rohani

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
06/02/2018
08:57 MYT
Mangsa gangguan seksual derita dalam diam - Rohani
Berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima, rata-rata mangsa yang menerima gangguan seksual akan diancam dan diugut. - Gambar hiasan
Ancaman dan ugutan yang diterima mangsa gangguan seksual menyebabkan ramai di antara mereka tidak berani untuk tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata situasi itu berlaku kerana ketika ini, tidak ada undang-undang khusus yang melindungi dan memberi keadilan kepada mangsa.
Menurut beliau, berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima pihaknya, rata-rata mangsa yang menerima gangguan seksual akan diancam dan diugut.
"Saya tidak mahu keadaan ini membelenggu mereka, khususnya wanita dan saya tidak mahu mereka menderita dalam diam. Tahun ini adalah tahun memperkasakan wanita.
"Oleh itu, saya memperjuangkan untuk mewujudkan Akta Gangguan Seksual. Akta ini diharap dapat menjadi satu berita kelegaan buat semua mangsa gangguan seksual," kata Rohani ketika ditemui Astro AWANI ketika menghadiri Persidangan ROSE di sini, hari ini.
BACA: KPWKM mahu wujudkan Akta Gangguan Seksual
Pada persidangan itu, Rohani dalam sesi perbincangan berkata, selain memperjuangkan penggubalan Akta Gangguan Seksual, beliau juga mahu mencegah diskriminasi terhadap wanita dan memperkukuhkan lagi Akta Keganasan Rumah Tangga.
Topic Berkaitan
#keganasan
#keluarga
#mangsa
#Rohani Abdul Karim
#undang-undang
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan