Empat mangsa yang ditempatkan di Hospital Putrajaya akibat terlibat dengan kemalangan di Kilometer 13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) awal pagi tadi kini berada dalam keadaan stabil.
Mangsa yang terlibat termasuk pemain nombor satu dunia Kento Momota, serta tiga pegawai sukan dari Persatuan Badminton Jepun (Japan BA) dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) iaitu Hirayama Yu, Morimoto Arkifuki dan William Thomas.
Keempat-empat mangsa itu kini masih menanti untuk menjalani pemeriksaan imbasan CT (Computed Tomography) dan rawatan lain di hospital tersebut.
Ia susulan daripada kemalangan yang membabitkan sebuah van dan lori pada kira-kira jam 4.40 pagi tadi.
Menurut Pengarah Hospital Putrajaya Datuk Dr. Nora’i Mohd Said, empat mangsa yang terlibat ditempatkan di wad hospital berkenaan bagi tujuan rawatan lanjut akibat kemalangan berimpak tinggi itu.
“Sebab kemalangan berimpak tinggi, jadi mereka mengalami sakit belakang. Kita sudah proses untuk membuat CT scan investigation lain sebelum mengesahkan diagnosis sebenar.
"Kini mereka stabil. Mereka telah dihantar ke wad di hospital Putrajaya dan kami sedang menunggu, ada yang nak buat dressing, nak buat jahitan sikit di operating theatre. Maka, semua stabil,” katanya.
Dalam kemalangan terbabit, pemandu van tersebut Bavan a/l Nageswarau meninggal dunia di tempat kejadian.
Kesemua mereka sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Nickyson Nyambar
Mon Jan 13 2020
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4.40 pagi itu meragut nyawa pemandu van berkenaan. - Foto JBPM
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Piala Thomas: Rexy tidak mahu insiden di BATC 2024 berulang di Chengdu
Pada saingan BATC, skuad lelaki mengalami detik mencemaskan selepas Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan bagi beberapa perlawanan.
Terbuka Switzerland: Soon Huat-Shevon raih gelaran selepas tiga kali mencuba
Selepas tiga kali mencuba akhirnya pasangan beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, berjaya mengungguli kejohanan Terbuka Switzerland.
Soon Huat-Shevon raih gelaran Terbuka Switzerland 2024
Soon Huat-Shevon mempamerkan kekuatan sebenar apabila menewaskan rakan senegara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon Lai tentukan juara di Switzerland
Tang Jie-Ee Wei pilihan ketiga mengesahkan slot ke perlawanan akhir selepas menewaskan pilihan keenam Ye Hong-wei-Lee Chia-hsin dari Taiwan.
Malaysia perlu waspada dalam saingan Piala Thomas 2024
Menerusi undian secara maya yang dijalankan di China itu, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Hong Kong (pilihan ke-12) dan Algeria.
Wooi Yik akui Fajar-Rian beraksi lebih baik
Biarpun beberapa kali menukar taktikal permainan, namun Wooi Yik mengakui, pukulan balas berkualiti lawan menyukarkan mereka.
Hon Jian-Haikal ungguli Orleans Masters 2024
Hon Jian-Haikal menewaskan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-15, 18-21, 21-14 dalam aksi final selama 54 minit.
All England: Harapan musnah, Lee Zii Jia disingkir Lakshya Sen
Hanya pasangan Aaron-Woo Yik bergaya ke separuh akhir Kejohanan All England.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.