awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa 'push pocket' dinasihat lapor polis - KPN

Bernama
Bernama
10/07/2016
02:16 MYT
Mangsa 'push pocket' dinasihat lapor polis - KPN
Khalid menasihatkan mangsa agar tidak takut malah membiarkan pemeras ugut itu mengadu kepada polis dan ikut sama ke balai polis berdekatan. - Gambar fail
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik 'Push-Pocket', satu bentuk jenayah peras ugut.
Modus operandi push-pocket ini adalah memasukkan barang tertentu seperti telefon bimbit atau dompet ke dalam poket mangsa tanpa disedarinya di tempat-tempat sesak.
Pemeras ugut ini kemudian bersama seorang 'saksi' akan mendekati mangsa dan menuduhnya mencuri barang miliknya sambil membuat kecoh.
Suspek seterusnya menawarkan kepada mangsa untuk menyelesaikan kes itu jika mangsa membayar sejumlah wang, atau kes itu diadukan kepada polis.
Sesetengah mangsa yang ketakutan setuju membuat bayaran.
Kisah mengenai modus operandi ini menjadi viral di laman sosial dan dikatakan warga asing yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dan mereka yang berada di stesen LRT sering menjadi mangsa.
Di lapangan terbang suspek selalunya meletakkan barang-barang miliknya ke dalam troli bagasi mangsa tanpa disedari mangsa.
Khalid menasihatkan mangsa agar tidak takut malah membiarkan pemeras ugut itu mengadu kepada polis dan ikut sama ke balai polis berdekatan.
"Sekiranya ada yang mendatangi anda dan menuduh anda mencuri barangan milik mereka, jangan takut tetapi bawalah mereka ke balai polis berhampiran.
"Jangan cuba untuk menyelesaikan perkara itu sendiri kerana mereka pasti tidak akan berani untuk ke balai polis," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenai kejadian itu.
"Semakan di daerah Dang Wangi dan Brickfields mendapati tiada kes berkenaan dilaporkan kepada polis oleh orang awam," katanya.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#KPN
#peragut
#Push pocket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan