awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa terakhir insiden Gua Rusa dijumpai mati lemas

Astro Awani
Astro Awani
15/07/2019
02:52 MYT
Mangsa terakhir insiden Gua Rusa dijumpai mati lemas
Roviezal sedang bersama sembilan pelancong ketika insiden dibawa arus terjadi di Gua Rusa pada petang Jumaat lalu. - Gambar fail
Mangsa terakhir yang hilang dalam insiden dihanyutkan arus air di Gua Rusa, Taman Negara Mulu, dijumpai mati lemas.
Perkara itu disahkan Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) pemandu pelancong itu, Roviezal Robin.
Jasad Roviezal ditemui sekitar jam 10.10 pagi di kawasan Deer Sum oleh pasukan SAR 2.
Proses membawa keluar mayat sedang berlangsung.
Operasi SAR tersebut melibatkan pasukan yang berpecah mencari Roviezal di setiap lokasi dalam kompleks gua tersebut, termasuk terowong gua serta laluan sungai.
Dalam kejadian berlaku pukul 5.50 petang Jumaat itu, Roviezal serta seorang pelancong Belanda Peter Hans, 66, hilang dibawa arus semasa banjir kilat, dengan mayat Hans ditemui pukul 6.40 pagi Sabtu.
Mereka dalam kumpulan bersepuluh yang berada di dalam Gua Rusa sewaktu ekspedisi dijalankan, namun lapan daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.
Topic Berkaitan
#Gua Rusa
#pemandu pelancong
#Roviezal Robin
#taman negara mulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan