awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manifesto PH populis tetapi strategik - Penganalisis

Zaim Ibrahim
Zaim Ibrahim
09/03/2018
10:24 MYT
Manifesto PH populis tetapi strategik - Penganalisis
Manifesto PH bagi menghadapai PRU14 dilihat sebagai satu pendekatan populis bagi menarik undi tetapi mempunyai unsur politik yang strategik, kata Dr Mazlan Ali. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dilihat sebagai satu pendekatan populis bagi menarik undi tetapi mempunyai unsur politik yang strategik.
Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, manifesto itu secara jelas menunjukkan bahawa PH tahu golongan sasar yang akan memberi undi kepada mereka.
“Kita sedar di sini, golongan terbesar dalam PRU akan datang ialah golongan belia, bawah 40 tahun dan juga wanita yang banyak menyokong Barisan Nasional (BN).”
“Nampaknya, tawaran yang diberikan PH dalam manifesto mereka mampu menarik minat pengundi daripada golongan sasaran ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.
Beliau berkata, pelbagai tawaran diberikan seperti Skim Peduli Sihat berjumlah RM500 di klinik swasta untuk golongan B40 dan meningkatkan gaji minimum membuktikan PH menyasarkan tawaran kepada golongan tersebut.
“Saya lihat cadangan mereka memansuhkan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan mengembalikan subsidi petrol sebagai satu perkara yang perlu dikaji semula.
"GST memberi sumbangan kepada pendapatan negara dalam keadaan harga minyak global yang tidak menentu,” tegas beliau.
Semalam, PH melancarkan manifesto PRU14 yang menjanjikan 10 perkara, bagi meringankan beban rakyat dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#GST
#kos sara hidup
#Malaysia Memilih
#Manifesto
#Pakatan Harapan
#PAS
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan