Mansuh akta percetakan, Nurul Izzah janjikan kebebasan media

Mansuh akta percetakan, Nurul Izzah janjikan kebebasan media
Menerusi laman sosial, Izzah akan memastikan kebebasan media menjadi agenda utama dalam reformasi kerajaan Pakatan Harapan. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar menegaskan untuk memansuhkan rang undang-undang akbar percetakan dan penerbitan bagi menyokong kebebasan media.

Beliau menjelaskan, usaha itu adalah penting bagi membentuk sebuah persekitaran media yang terbuka seterusnya  membangunkan sebuah negara yang sihat.
“Ini adalah era baru untuk Malaysia di  mana kami perlu meraikan kebenaran. Kita perlu adil menerima kritikan dalam membina negara.

“Adalah menjadi komitmen saya untuk memastikan kebebasan media secara holistik,” kata Nurul Izzah ketika ditemui di luar bangunan Yayasan AlBukhary di sini, hari ini.

Sebelum ini, di media sosial, Nurul Izzah pernah menyuarakan hasrat tersebut sebagai agenda utama dalam reformasi kerajaan pakatan Harapan.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 merupakan sebuah akta untuk mengawal selia penggunaan mesin cetak, pencetakan, penghasilan dan pengedaran hasil penerbitan.