awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mansuh hukuman mati: AADK mahu hukuman setimpal untuk kesalahan dadah

Bernama
Bernama
15/10/2018
12:20 MYT
Mansuh hukuman mati: AADK mahu hukuman setimpal untuk kesalahan dadah
Menurut laporan media, pada masa ini terdapat 1,267 banduan berdepan hukuman mati menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya tetapi hukuman itu tidak dilaksanakan sejak 2014. - Gambar hiasan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mahu kerajaan memperkenalkan hukuman setimpal bagi kesalahan berkaitan dadah sekiranya hukuman mati dimansuhkan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, hukuman sedemikian perlu sebagai satu bentuk pencegahan kepada masyarakat.
"… hukuman tertentu perlu ada sebagai alat untuk menyedarkan orang ramai supaya tidak melakukan kesalahan (khususnya pengedaran dadah) atau mereka harus menanggung risiko atas kesalahan yang dilakukan," katanya kepada pemberita selepas Simposium Pemerkasaan Integriti di ibu pejabat AADK di sini, hari ini.
Beliau mengulas cadangan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati dan menggantikannya dengan penjara seumur hidup.
BACA: Mansuh hukuman mati untuk semua kesalahan jenayah
Pada masa ini, hukuman mati mandatori diperuntukkan antaranya untuk kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Pada 7 Okt lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong memaklumkan kajian untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini berada pada peringkat akhir sebelum dibentangkan kepada jemaah menteri.
Semalam, media melaporkan pada masa ini terdapat 1,267 banduan berdepan hukuman mati menurut Seksyen 39B ADB 1952 tetapi hukuman itu tidak dilaksanakan sejak 2014.
Mengulas perkembangan berkaitan, Zulkifli berkata bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini terdapat 3,971 penagih berulang dilaporkan berbanding 7,482 orang tahun lepas.
Bilangan itu masih tinggi, katanya yang meminta masyarakat mengubah stigma terhadap bekas penagih.
"Satu daripada faktor mereka kembali menagih adalah kerana mereka tidak diterima masyarakat," katanya.
Pada masa sama, beliau turut meminta kerajaan memberi galakan kepada majikan untuk menggaji bekas penagih dan AADK bersedia membantu dengan menempatkan pegawai bagi memantau proses pemulihan bekas penagih di premis majikan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#AADK
#agensi anti dadah
#Dadah
#hukuman mati
#penagih dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan