Pemansuhan sistem teksi berkupon di Putrajaya sejak 1 April lepas menyebabkan purata jumlah penumpang berkurangan sehingga 200 orang setiap hari, kata Persatuan Pemandu Teksi Berwawasan Putrajaya dan Selangor.
Pengerusinya Saari Omar berkata rata-rata pengguna tidak berpuas hati dengan sistem baharu yang memerlukan mereka membuat dua pembayaran iaitu RM2 di kaunter dan baki selebihnya mengikut bacaan meter.
Justeru, katanya, persatuan itu bercadang bertemu Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor minggu depan untuk mengajukan perkara itu kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), walaupun permohonan untuk mengekalkan sistem lama sebelum ini ditolak.
"Selalunya pada Isnin purata penumpang adalah 1,000 orang dan kini berkurangan kepada 800 orang manakala pada Selasa purata penumpang 900 orang sudah kurang kepada 700 orang.
"Penumpang beranggapan pemandu sengaja ikut jalan jauh tetapi sebenarnya memang ada dua atau tiga jalan untuk ke destinasi yang dituju. Sistem kupon dahulu penumpang tak perlu risau kerana bayaran penuh dibuat di kaunter, jika jalan jauh atau sesak sekalipun bayaran tetap sama," katanya kepada pemberita di Putrajaya Sentral, di sini hari ini.
Saari berkata sistem berkupon yang dilaksanakan sebelum ini juga memberi jaminan kepada pemandu agar tidak tertipu dengan penumpang yang sengaja mengelak untuk membayar tambang.
"Dalam tempoh seminggu ada tiga kes pemandu teksi ditipu penumpang asing...bila sampai destinasi katanya hendak ambil duit pada kawan tetapi menghilangkan diri. Jika sistem kupon pemandu tak perlu risau kerana bayaran penuh telah dibuat di kaunter," jelasnya.
Sementara itu, penumpang yang ditemui di kaunter teksi Putrajaya Sentral lebih selesa dengan sistem teksi berkupon.
Menurut G. Sirranjivi, 23, beliau yang sering menggunakan perkhidmatan teksi untuk berulang-alik ke tempat kerja, sistem lama yang diguna pakai sebelum ini lebih murah berbanding sistem baharu.
"Dulu dari sini ke Cyber Height lebih kurang RM10.50 tetapi sekarang RM12. Dulu kalau jalan sesak pun kita tak risau sebab bayaran tetap, tetapi sekarang terpaksa bayar lebih sebab meter pun sudah naik harga," katanya.
Mardiana Shahrom, 25, juga berharap sistem teksi berkupon dikekalkan kerana ia lebih mudah tanpa perlu membuat dua kali pembayaran.
"Sistem kupon kadar dia tetap, kalau ikut meter pemandu ikut jalan jauh dan penumpang terpaksa bayar lebih. Jadi saya lagi suka sistem kupon," katanya.
Bernama
Mon Apr 13 2015
Rata-rata pengguna didakwa tidak berpuas hati dengan sistem baharu yang memerlukan mereka membuat dua pembayaran iaitu RM2 di kaunter dan baki selebihnya mengikut bacaan meter. - Gambar Hiasan
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Lima bazar Ramadan di Putrajaya hasil 6-7 tan sisa domestik sehari
Hafizudin mengakui terdapat peningkatan sisa domestik jika dibandingkan dengan tahun lepas, susulan pertambahan jumlah peniaga tahun ini.
Sesi akademik 2024/2025: 39,162 murid mula sesi persekolahan di Putrajaya
Jumlah itu membabitkan seramai 1,051 murid prasekolah, 23,096 murid sekolah rendah dan 15,015 pelajar sekolah menengah.
Yakin Kerajaan Perpaduan komited bantu Bumiputera Sabah - Hajiji Noor
Sabah mempunyai aspirasi tinggi bersama rakyat Malaysia menikmati kemakmuran dan kemajuan ekonomi negara.
Kerajaan tidak pertahan badan agensi curang, terlibat projek tidak manfaat Bumiputera
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Madani tidak akan mempertahan mana-mana badan agensi Kerajaan yang curang.
Kerajaan Sarawak tekad hapus isu kemiskinan rakyat
Kerajaan Sarawak nekad meningkatkan sosio ekonomi serta menghapuskan kemiskinan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
Jabatan Wilayah Persekutuan perkenal inisiatif lonjak potensi ekonomi
Jabatan Wilayah Persekutuan memperkenalkan dua insiatif antaranya meningkatkan siling dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Putrajaya memulakan ujian trem tanpa landasan
Ia sekaligus memberikan mod pengangkutan alternatif kepada penduduk setempat, mahupun kepada mereka yang berkunjung ke Putrajaya.
Pembangunan pesat Wilayah Persekutuan seiring sosioekonomi penduduk
Kerajaan akan memastikan pembangunan sosial dan ekonomi penduduk Wilayah Persekutuan sentiasa seiring dengan pembangunan pesat di wilayah berkenaan.
Putrajaya curi tumpuan pengunjung pada cuti sekolah dengan pelbagai aktiviti
Putrajaya sering menjadi lokasi pilihan dibanjiri pengunjung setiap kali cuti sekolah atau umum memandangkan jaraknya yang dekat dengan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, menawarkan pelbagai
Angkat sumpah ahli Kabinet baharu esok: Siapa kekal, siapa bertukar? Ada kejutan ...
Istiadat Angkat Sumpah Menteri dijadualkan akan berlangsung di Istana Negara pada jam 3 petang Selasa, menandakan rombakan Kabinet pertama di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.