Tutup

Mansuh tol? Ini penjelasan Khazanah

Mansuh tol? Ini penjelasan Khazanah
Khazanah mempunyai pegangan 51 peratus dalam PLUS melalui anak syarikatnya, UEM Group Berhad. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad menyerahkan kepada PLUS Expressways Berhad (PLUS) untuk mengkaji dan berbincang dengan kerajaan soal penghapusan tol.

Menurut Pengarah Urusan Khazanah Datuk Shahril Ridza Ridzuan, realitinya tiada keperluan untuk penghapusan tersebut kerana pengguna mempunyai lebuhraya alternatif.

“Kami faham mengapa kerajaan berbincang dengan Gamuda Berhad kerana sebahagian lebuhraya itu adalah dianggap menyusahkan orang ramai dan tiada alternatif.

“PLUS pula adalah lebuhraya antara bandar yang mempunyai banyak alternatif.
“Pengguna tidak seharusnya menggunakan lebuhraya kami, dan bebas menggunakan lebuhraya persekutuan yang percuma. Cuma masa perjalanan akan lebih panjang,” katanya ketika ditanya sama ada Khazanah sedia berunding dengan kerajaan untuk menghapuskan tol.

Sehubungan itu, beliau berkata, Khazanah menanti laporan kajian penuh oleh PLUS sebelum membuat sebarang keputusan.
Khazanah mempunyai pegangan 51 peratus dalam PLUS melalui anak syarikatnya, UEM Group Berhad.

BACA: Tiada perbincangan jual Legoland - Khazanah

BACA: Khazanah Nasional Berhad rugi RM6.3 bilion