awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nubhan tak hadir, proses sulh untuk tuntutan harta sepencarian gagal
WhatsApp tambah ciri tag nama dalam kumpulan dan peringatan acara
Bomba pantau lebih 8,000 kawasan banjir sepanjang MTL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS Kedah rampas halia, daun limau tiada permit, bernilai RM1,200

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
15/11/2019
01:15 MYT
MAQIS Kedah rampas halia, daun limau tiada permit, bernilai RM1,200
Kesemua halia dan daun limau yang dirampas MAQIS Kedah itu akan dilupuskan mengikut prosedur operasi piawai yang ditetapkan. - Astro AWANI
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menggagalkan cubaan membawa masuk keluaran pertanian dari negara jiran.
Hasil pemeriksaan pada jam 11.30 malam tadi di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam mendapati sebuah lori cuba membawa masuk barangan sayuran tanpa dokumen yang sah.
Menurut Pengarah MAQIS Kedah, P Lily Rosalind, pihaknya berjaya merampas halia sebanyak 208.5 kilogram (kg) dan daun limau sebanyak 32kg.
Setelah pemeriksaan dilakukan, pemandu lori terbabit didapati tidak mempunyai permit import yang dikeluarkan MAQIS dan sijil fitosanitasi dari negara asal.
Kata Lily, anggaran nilai keseluruhan keluaran pertanian dirampas adalah RM1,200.
Jelasnya, kesemua halia dan daun limau terbabit akan dilupuskan mengikut prosedur operasi piawai yang telah ditetapkan.
"Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang tidak sah merupakan satu kesalahan di bawah Sekyen 11(1) Akta Perhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), Akta yang sama di mana boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Menurut Lily, penahanan konsainan ini adalah bagi mengekang kemasukan serangga perosak.
Tegasnya, sekiranya serangga perosak ini terlepas ke dalam negara, ia boleh menyebabkan industri pertanian terjejas.
"Hal ini boleh menyebabkan pengusaha tanaman pertanian menanggung kerugian yang tinggi jika penyakit ini tidak di kawal," katanya.
Akta 728 digunapakai bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan atau tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan mematuhi aspek kesihatan manusia serta dapat mengawal kemasukan perosak merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian negara.
Topic Berkaitan
#Bukit Kayu Hitam
#daun limau
#dokumen
#halia
#ICQS
#konsainan
#limau
#Lori
#maqis
#MAQIS Kedah
#negara jiran
#operasi
#P Lily Rosalind
#permit
#permit import
#produk pertanian
#sayuran
#serangga perosak
#sijil fitosanitasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan