NATIONAL
Mara gantung tugas Annuar Musa

Semua tugas Annuar di agensi berkenaan akan dipangku oleh Datuk Dr Yusof Yacob. - Gambar fail
Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini memutuskan menggantung tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi berkuat kuasa serta merta.
Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar di ibu pejabat Mara, di sini yang dipengerusikan Datuk Dr Yusof Yacob dan Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin.
Jawatan beliau sebagai Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) juga digantung berkuat kuasa tarikh sama.
Semua tugas Annuar di agensi berkenaan akan dipangku oleh Dr Yusof.
Mesyuarat tergempar yang diadakan itu susulan isu penajaan UniKL dan pelaburan Mara Berhad ke atas pasukan bola sepak Kelantan.
“Yang kedua, oleh kerana pelaburan Mara Berhad itu Pengerusinya ialah Annuar Musa iaitu pihak berkepentingan, jadi sebulat suara majlis menggantung jawatan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad sehingga siasatan selesai," ujar Dr Yusof.
Yusof juga berkata, pihaknya tidak tahu sejauh mana tempoh siasatan akan dijalankan, namun berharap ia dapat disegerakan supaya kedudukan sebenar dapat diketahui.
“Oleh kerana Pengerusi juga Pengerusi Mara dan PMB di bawah Mara, dia juga terpaksa kita gantung kerana ada kaitan dengan PMB,” ujarnya.
Dr Yusof berkata, Annuar sudah dimaklumkan mengenai penggantungan tugasnya dan beliau akur dengan keputusan itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami