awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mara sedia bekerjasama dalam siasatan pembelian hartanah Australia

Bernama
Bernama
27/06/2015
10:01 MYT
Mara sedia bekerjasama dalam siasatan pembelian hartanah Australia
MARA Incorporated Sdn Bhd sedia bekerjasama dalam siasatan berhubung pembelian hartanahnya di Melbourne, Australia.
Bahagian pelaburan Majlis Amanah Rakyat (MARA), MARA Incorporated Sdn Bhd sedia bekerjasama dalam siasatan berhubung pembelian hartanahnya di Melbourne, Australia.
Dalam satu kenyataan bersama, Pengerusi Datuk Mohammad Lan Allani, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Abd Halim A Rahim dan anggota pengarah berkata: "Kami mengalu-alukan semua penyiasatan atau siasatan berkaitan pelaburan kami di dalam dan di luar negara.
"Kami akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi penyiasatan yang adil dan telus mengenai perkara tersebut dan juga kepada perkara-perkara lain berhubung MARA Incorporated Sdn Bhd."
Semalam, Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa menyerahkan beberapa dokumen berkaitan pembelian sebuah bangunan di Melbourne, Australia oleh unit agensi itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Akhbar Australia, The Age melaporkan bahawa seorang pegawai atasan MARA, pegawai kanan dan bekas ahli politik didakwa membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan untuk membeli sebuah blok pangsapuri di Melbourne dalam satu penipuan hartanah.
Akhbar itu mendakwa bahawa 'sekumpulan pegawai kanan Malaysia yang kaya-raya' terlebih bayar A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri tersebut pada 2013.
Topic Berkaitan
#Abd Halim A Rahim
#Australia
#Lan Allani
#MARA
#Melbourne
#pembelian hartanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan