awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Marahkan ibu sebab telefon, budak 10 tahun cuba terjun dari tingkat 19

Sinar Harian
Sinar Harian
07/10/2019
02:09 MYT
Marahkan ibu sebab telefon, budak 10 tahun cuba terjun dari tingkat 19
Kanak-kanak ini nekad bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan ibunya dipercayai kerana isu telefon. -Foto Sinar Harian
Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memujuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang cuba terjun dari tingkat 19 di sebuah pangsapuri di Larkin, di sini, petang kelmarin.
Difahamkan kanak-kanak itu nekad bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan ibunya dipercayai kerana isu telefon.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa Bomba, Suhaimi Jamal berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.01 petang.
“Ketika bomba tiba terdapat seorang kanak-kanak perempuan berada di belebas tingkap tingkat 19 bangunan berkenaan dipercayai mahu terjun.
“Bomba kemudiannya melakukan kerja-kerja menyelamat dengan menggunakan tali di tingkat 20 selain memasang ‘air cushion’ di aras bawah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Suhaimi berkata, pegawai bomba, Ismarulnizam Isnin bersama seorang anggota cuba memujuk dan berbual dengan mangsa.
"Ismarulnizam mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memujuk mangsa sebelum dia menghulurkan tangannya untuk masuk ke dalam," katanya.
Mangsa dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.

 Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi dengan para sukarelawan terlatih di Befrienders. Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri. Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan. Panggilan adalah percuma bermula 1 Ogos 2019. 

Topic Berkaitan
#air cushion
#bertengkar dengan ibu
#bunuh diri
#Kanak-kanak
#kanak-kanak perempuan
#Kemurungan
#sebab telefon
#terjun tingkat 19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan