announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Mari kita semua berganding bahu lawan pandemik COVID-19 - Saifuddin

Mari kita semua berganding bahu lawan pandemik COVID-19 - Saifuddin
Saifuddin mempelawa warganet lain yang mungkin mempunyai mesej yang sama untuk dikongsi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah telah menemui klip video media sosial yang menarik oleh pasukan muda bola keranjang menyeru semua orang agar duduk di rumah dan memerangi COVID-19 bersama-sama.

Klip video berdurasi 1.38 minit, dengan tagline #passtheballnotcovid, dihasilkan oleh pasukan wanita Simba, juara Liga Bola Keranjang Komuniti Kebangsaan 2019 (WNCBL).

Video itu telah dirangkumkan secara kreatif menggunakan elat kamera, bagaimana mereka melakukan hantaran bola daripada seorang pemain kepada pemain yang lain, semuanya berada di rumah masing-masing.

Mesej mereka: mempromosikan gaya hidup sihat ketika berada di rumah semasa penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

"At a time of crisis like this, we do not only represent team Simba, we represent team Malaysia, better yet - team planet Earth. We ALL need to work together to fight this pandemic of Covid-19 (Pada masa krisis seperti ini, kami bukan sahaja mewakili pasukan Simba, kami juga mewakili pasukan Malaysia, atau lebih dikenali sebagai - pasukan planet Bumi. Kita SEMUA perlu bekerjasama memerangi pandemik COVID-19 ini) . #StayHome, #stayhealthy and #passtheballnotcovid ?," ciap pasukan itu dalam akaun Twitter @Simba_WNCBL.


Saifuddin dalam ciapan Twitter berkata ia adalah kaedah promosi yang menarik meminta semua orang untuk bekerjasama melawan COVID-19.

Mengulangi ciapan Simba_WNCBL, beliau berkata: "Iklan yang menarik menyampaikan mesej jelas untuk kita semua barganding bahu melawan pandemik COVID19 dari @SimbaWncbl."

Saifuddin turut mempelawa warganet yang lain yang mungkin mempunyai mesej yang sama untuk dikongsi.

"Siapa lagi yang ada mesej iklan macam ini? Boleh kongsi di bawah. Kita semua mewakili Malaysia melawan COVID19!"

-- BERNAMA