awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masa dibenarkan berbelanja di pasar segar FAMA tidak lebih 20 minit

Bernama
Bernama
02/04/2020
21:21 MYT
Masa dibenarkan berbelanja di pasar segar FAMA tidak lebih 20 minit
FAMA akan menubuhkan pusat jualan baharu khas bagi penjualan barang-barang basah di 77 lokasi di setiap negeri dengan SOP yang lebih ketat dengan penjarakan sosial dan dikawal pihak Polis dan angkatan tentera. - BERNAMA
Pengunjung pusat jualan barangan segar terkawal Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) seluruh negara perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan masa berbelanja dibenarkan tidak melebihi 20 minit.
Selain itu, pengunjung perlu melepasi saringan suhu, menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum keluar dari pusat jualan, beratur pada jarak semeter antara satu sama lain dan masuk ke kawasan parkir kereta yang telah ditetapkan.
"Dalam pematuhan pencegahan wabak COVID-19 di 97 lokasi pusat jualan itu, jarak sosial di antara gerai-gerai akan dilakukan dan pintu masuk serta keluar akan dikawal selia pihak berkuasa," menurut Fama dalam kenyataan pada Khamis.
Urusan jual beli juga dinasihatkan dibuat secara dalam talian dan tanpa tunai melalui pembayaran QR Pay dan e-dompet bagi membendung penularan COVID-19 melalui wang kertas.
FAMA turut memfokus kepada pengedaran bekalan makanan yang berkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan memperkemaskan lagi konsep jualan secara dalam talian melalui portal Agrobazaar 'online dan offline' menerusi rangkaian pemasaran terpilih.
Pelanggan digalakkan melayari portal Agrobazaar di www.agrobazaar.com.my untuk pesanan awal atau WhatsApp secara prapesanan dan membayar terus secara dalam talian bagi memudahkan urusan pengambilan di 'pick-up point' dan urusan pandu lalu di rangkaian pemasaran terpilih.
Bagi pengguna yang membuat prapesanan melalui portal atau media sosial, waktu pesanan dibuka dari 8 pagi hingga 4 petang dan penghantaran dibuat pada hari berikutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#FAMA
#koronavirus
#Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
#pasar segar FAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan