awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah teknikal Rayani Air: 'Sila kemukakan penyelesaian yang baik' - Netizen

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
09/02/2016
09:51 MYT
Masalah teknikal Rayani Air: 'Sila kemukakan penyelesaian yang baik' - Netizen
Kira-kira 200 penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) apabila syarikat penerbangan kos rendah Rayani Air dilapor telah membatalkan dua penerbangan Langkawi-Kuala Lumpur akibat masalah teknikal.
KIRA-KIRA 200 penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) hari ini apabila syarikat penerbangan kos rendah Rayani Air dilapor telah membatalkan dua penerbangan Langkawi-Kuala Lumpur akibat masalah teknikal.
Penerbangan RN180 menggunakan pesawat Boeing 737 yang dijadualkan ke Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) pada 11.10 pagi Selasa tidak dibenarkan berlepas berikutan masalah teknikal yang dialami kapal terbang itu.
Seorang pengawai khidmat pelanggan Rayani Air dipetik sebagai berkata kepada Bernama, “Saya difahamkan bahawa bahagian kejuruteraan masih lagi menunggu alat ganti untuk memperbaiki pesawat tersebut.”
Beliau juga berkata penumpang yang terjejas telah diberi pilihan sama ada untuk menggunakan perkhidmatan feri dan bas yang disediakan oleh Rayani Air untuk pulang ke Kuala Lumpur atau tambang tiket mereka dikembalikan.
Bukan itu sahaja, penerbangan Rayani Air yang dijadualkan pada jam 6.20 petang juga turut dibatalkan.
Susulan itu, rata-rata pengguna mengambil media sosial untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka serta mengadu berkenaan tahap profesionalisme penerbangan tersebut.
Menurut mereka, syarikat tersebut tidak memberi penjelasan yang jelas serta penyelesaian yang baik.
I dont mind if flight is delayed. But to come to airport to find flight being retimed 3hrs later is nonsense #rayaniair
— Az! (@aziahy) February 8, 2016
Not even an email/sms or notification. U expect me to stay at the airport? I might just cancel raya flight with #rayaniair
— Az! (@aziahy) February 8, 2016
Piss of by #rayaniair service..Not recommended #1stnlast
— Miss_Nur (@NurFarLiHan) February 9, 2016
Wasted my time being tolerant to #RayaniAir. Pls come out with real solution. Not LIES and Auta
— (@kaioeba) February 9, 2016
What's wrong with rayani air..suka ht cancelled /p>— Nabila Ramli (@nabilaa_ramli) February 9, 2016
Lebih 200 penumpang terkandas di Langkawi selepas dua penerbangan Rayani Air ke KL dibatalkan - Pejabat Khidmat pic.twitter.com/lXOl9jNqot
— @Feed4Push (@Feed4Push) February 9, 2016
Beberapa pengguna media sosial turut melaporkan laman Facebook rasmi Rayani Air juga tidak dapat diakses susulan kejadian itu.
Berikutan flight Rayani Air banyak cancel, pihak Rayani Air mengambil tindakan tidak matang dengan menutup akaun rasmi mereka!
— NNS (@Nasrulz92) February 9, 2016
Rayani air feeling the heat. Major cancellation after one aircraft AOG. Even their FB page is now cannot be accessed
— Azuan Ahmad Zahdi (@azuan1880) February 9, 2016
deactivate FB after your lack of efficiency in handling crisis is a 'worldclass' act @rayaniair bravo..!!
— naJwa (@ing_naJ) February 9, 2016
Topic Berkaitan
#batal
#Langkawi
#penerbangan
#Rayani Air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan