awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Masih bertimbun kerja, tak boleh rehat' - Dr Mahathir

Syafique Shuib
Syafique Shuib
14/06/2018
12:07 MYT
'Masih bertimbun kerja, tak boleh rehat' - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad masih sibuk dengan tanggungjawabnya sebagai pemimpin negara meskipun esok adalah Hari Raya Aidilfitri.
Ketika rakyat Malaysia sedang sibuk dengan persiapan Hari Raya Aidilfitri, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih sibuk dengan tanggungjawabnya sebagai pemimpin negara.
“Hari ini adalah hari terakhir kita berpuasa. Esok kita akan berhari Raya Aidilfitri tetapi hari terakhir ini, saya masih bertimbun kerja dan terpaksa kerja sampai petang.
"Tak boleh rehat,” kata Tun Mahathir dalam satu video khas sempena Aidilfitri yang dimuat naik di YouTube.
Selain itu, Tun Mahathir turut berpesan kepada mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk memandu dengan berhati-hati.
“Kepada semua yang sedang berjalan balik ke kampung, ingatlah keluarga menunggu.
“Jangan kecewakan mereka dengan terlibat dengan kemalangan di jalan raya. Pandu dengan cermat, biar lambat asal selamat,” katanya.
Dalam video berdurasi 4 minit 33 saat itu, Tun Mahathir turut berpesan agar tidak bermain mercun.
“Ia boleh mencederakan kita sehingga putus jari,” katanya.
Beliau juga turut menjemput orang ramai untuk rumah terbukanya.
“Saya dan isteri (Tun Dr Siti Hasmah) mengucapkan Selamat Hari Raya. Esok (Jumaat) saya akan adakan rumah terbuka dan semua dijemput,” katanya dalam video berkenaan.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#rakyat Malaysia
#video
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan