awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih tiada keperluan sekat semua warga China - Muhyiddin

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
04/02/2020
05:50 MYT
Masih tiada keperluan sekat semua warga China - Muhyiddin
Tiada keperluan untuk kerajaan menyekat 100 peratus warganegara China daripada memasuki negara ini, kata Muhyiddin Yassin. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tiada keperluan menyekat 100 peratus warganegara China daripada memasuki negara ini.
Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengisytiharkan wabak koronavirus sebagai darurat kesihatan awam global, namun mereka tidak meminta supaya negara menyekat sepenuhnya kemasukan warganegara China.
Malah, kementeriannya juga berpandukan kepada keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di bawah KDN berpandu kepada keputusan yang telah dibuat oleh KKM. Jangan salah faham. Apabila KKM minta kita (KDN) perlu control (kawal kemasukan), maka kita akan gunakan kuasa Akta Imigresen untuk mengenakan sekarang.
“Seperti yang telah kita putuskan, iaitu untuk menyekat kemasukan dari Wuhan dan Hubei, setakat hari ini ia masih kekal sehingga ada isyarat dari KKM.
“Sekiranya ia semakin bahaya, maka baru lah kita (tingkatkan sekatan) tetapi setakat ini yang kami dimaklumkan oleh KKM tidak diperlukan itu kerana jumlah yang perlu kita kuarantin hanya lapan orang sahaja,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, Johor.
Muhyiddin memaklumkan, bermula 27 Januari hingga Isnin (3 Februari) lalu seramai 147 warganegara China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei diberi notis penolakan masuk (NPM) ke Malaysia.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#Imigresen
#Johor Bahru
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan