awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masihkah ada peluang untuk Malaysia 'tebus' kepupusan badak sumbu Sumatera?

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/11/2019
13:20 MYT
Masihkah ada peluang untuk Malaysia 'tebus' kepupusan badak sumbu Sumatera?
Iman disahkan mati pada pukul 5.35 petang Sabtu selepas menderita masalah ketumbuhan pada uterus yang dikesan sejak bulan Mac 2014.
TIADA lagi badak sumbu Sumatera bernama Iman, bermakna Malaysia tiada lagi spesies seumpamanya.
Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance (BORA), Datuk Dr Junaidi Payne menyifatkan kematian badak sumbu Sumatera betina terakhir itu perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar.
Katanya, ia termasuk meneliti semula memorandum perjanjian (MoU) mengenai usaha pembiakan badak sumbu Sumatera yang belum dilaksanakan antara Malaysia dan Indonesia.
“Kematian Iman adalah satu tragedi tetapi ini perlu dipandang serius. Masih terdapat cara antara kedua-dua negara untuk bekerjasama berdasarkan pengalaman berbeza yang dimiliki oleh kita sejak berdekad lalu.
“Bagi Sabah, ia termasuk pengurusan badak Sumatera betina dengan patologi reproduktif, pembiakan selamat daripada badak Sumatera yang masih hidup dan dalam bentuk kultur sel. Kedua-dua Iman dan Tam hidup sebagai kultur sel di Malaysia,” katanya kepada Astro AWANI, pada Sabtu.
BACA: Berita sedih buat Malaysia, Tam sudah tiada...
BACA: Dukacita diumumkan... Iman, si badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia, sudah tiada!
Mengulas lanjut, tegas Dr Junaidi berkata kerjasama daripada pelbagai pihak sememangnya diperlukan sebelum kematian Iman lagi.
“Terdapat pakar dalam pelbagai bidang, bukan sahaja di Universiti Pertanian Bogor (IPB), Indonesia tetapi juga di Malaysia, Jerman dan Itali yang sanggup memainkan peranan mereka dalam mencegah kepupusan spesis badak Sumatera,” katanya.
Terdahulu, Iman disahkan mati pada pukul 5.35 petang selepas menderita masalah ketumbuhan pada uterus yang dikesan sejak bulan Mac 2014.
Kematian Iman menyusul selepas enam bulan kematian badak sumbu Sumatera jantan terakhir yang dikenali sebagai Tam pada Mei lalu akibat usia tua dan kegagalan organ dalaman.
Ia sekaligus menyaksikan kelangsungan hidup badak sumbu Sumatera kini bergantung sepenuhnya kepada Indonesia yang dilaporkan mempunyai kurang 100 ekor spesis tersebut.
Topic Berkaitan
#Badak sumbu Sumatera pupus
#Badak sumbu Sumatera terakhir
#Iman sudah tiada
#Malaysia hilang badak sumbu Sumatera
#Puntung sudah pergi
#Tam sudah mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan