Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Maskargo bantu kerajaan pasti bekalan perubatan, peralatan dari luar tidak terjejas

Maskargo bantu kerajaan pasti bekalan perubatan, peralatan dari luar tidak terjejas
Pekerja sedang menyusun pakaian perlindungan diri serta penutup hidung dan mulut di sebuah kilang di China. Gambar fail/ Reuters.
KUALA LUMPUR: MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) bekerjasama dengan pebagai agensi kerajaan dalam memastikan akses kepada peralatan dan bekalan perubatan yang diperlukan untuk rakyat Malaysia dari luar negara, tidak menghadapi masalah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ibrahim Mohamed Salleh, dalam kenyataan hari ini berkata syarikat itu bersama-sama agensi lain sedang mencari pelan penerbangan dan pengurusan ruang kargo untuk barangan perubatan diterbangkan ke negara ini, kebanyakannya dari China.
"Kami telah menukar jadual pesawat pengangkut kami untuk menguruskan pergerakan kargo paling menjadi keutamaan ketika ini dengan kerjasama kedua-dua kerajaan, dan pasukan kami telah bekerja siang dan malam untuk memastikan peralatan perubatan ini tiba dengan selamat di Malaysia.

"Untuk mengatasi masalah kekurangan kapasiti, kami juga meninjau penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) yang pesawat penumpang Malaysia Airlines digunakan untuk menerbangkan hanya kargo dari China," katanya.
Ibrahim berkata Rabu lepas menyaksikan pesawat P2C pertama menerbangkan bekalan perubatan dari China melalui penerbangan MH389, membawa 300,000 penutup hidung dan mulut pakai buang, 50,000 sut perlindungan dan 8,000 sut perlindungan dengan kaca mata perubatan, sumbangan Jack Ma Foundation dan Alibaba Foundation.

Beliau berkata usaha itu dapat dilakukan melalui kerjasama antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Pengangkutan dan Pharmaniaga Berhad, kumpulan farmaseutikal bersepadu yang terbesar di Malaysia.

Sementara itu di Pulau Pinang, pasukan MASkargo mendapat pujian atas kerja keras mereka memuatkan barangan di dalam pesawat penerbangan kemanusiaan PC2 Austrian Airways OS6004.

Pengurus Kanan MASkargo Kawasan Utara, Ahmad Fahmi Awang dipetik dalam kenyataan yang sama, berkata ia adalah pengalaman baharu bagi pasukan itu kerana pertama kali memuatkan kargo di bahagian kerusi penumpang.

"Pasukan Kumpulan Penerbangan Malaysia bekerja keras untuk kesejahteraan anda, jadi sila duduk di rumah untuk kesejahteraan kami," kata Ibrahim. -BERNAMA


Tag: maskargo, Ibrahim Mohamed Salleh, pesawat pengangkut, Malaysia Airlines, MH389, Jack Ma Foundation, covid-19, koronavirus



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.