Berikutan risiko kemasukan kes COVID-19 dari luar semakin meningkat, Singapura akan melaksanakan langkah berjaga-jaga tambahan terhadap semua pemegang Pas Jangka Panjang (LTP) yang memasuki atau kembali ke republik itu.
Ini termasuk pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang (LTVP), Pas Pelajar (STP), serta mereka yang telah diberikan Kelulusan dalam Prinsip (IPA) untuk LTP.
"Langkah-langkah ini akan berkuat kuasa mulai 29 Mac, 2020, jam 2359," menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan bersama di sini hari ini.
Semua pemegang LTVP serta mereka yang telah diberi IPA untuk LTVP, yang merancang untuk memasuki atau kembali ke Singapura, mesti mendapatkan kebenaran ICA sebelum memulakan perjalanan mereka ke Singapura, jelas kenyataan itu.
Mereka boleh berbuat demikian dengan mengemukakan permohonan mereka kepada [email protected].
Sementara itu, semua pemegang STP sedia ada, dan mereka yang telah diberi IPA untuk STP, yang merancang untuk memasuki atau kembali ke Singapura perlu mesti mendapatkan kebenaran MOE sebelum memulakan perjalanan mereka ke Singapura.
MOE akan mengambil kira kursus yang didaftar oleh pelajar itu dan mengutamakan kelulusan kemasukan bagi mereka yang belajar di Institut Pengajian Tinggi awam.
Mereka perlu mengemukakan permohonan mereka kepada institusi pendidikan masing-masing, yang kemudian akan mengemukakan permohonan mereka kepada MOE.
Sekiranya kebenaran diberikan, pemohon akan diberikan surat kelulusan kemasukan oleh ICA untuk pemegang LTVP, atau oleh MOE untuk pemegang STP, yang sah selama dua minggu.
Mereka perlu mengemukakan surat kelulusan ini kepada petugas syarikat penerbangan semasa daftar masuk di lapangan terbang berlepas, dan kepada pegawai imigresen di pusat pemeriksaan semasa tiba di Singapura.
Sekiranya mereka tiba di Singapura tanpa surat kebenaran masuk daripada ICA/MOE, ICA tidak akan membenarkan mereka melepasi pemeriksaan imigresen, dan mereka dikehendaki keluar dari Singapura dalam masa 48 jam, dengan kos ditanggung sendiri.
Jika mereka gagal mematuhinya, ICA akan membatalkan pas dan IPA mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 28 2020
Semua pemegang LTVP serta mereka yang telah diberi IPA untuk LTVP, yang merancang untuk memasuki atau kembali ke Singapura, mesti mendapatkan kebenaran ICA sebelum memulakan perjalanan. - Gambar fail/BERNAMA
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Cadangan tubuh Jabatan Perikanan Sarawak dibentang November
Kertas cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selewat-lewatnya November ini.
Teliti isu limpahan pengusaha pelancongan asing - pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk menangani isu limpahan pengusaha pelancong Korea atau China yang dilihat semakin mendominasi industri pelancongan tempatan.
Tiada rancangan tubuh tribunal tanah
Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan tribunal tanah memandangkan peruntukan yang ditetapkan dalam Ordinan Tanah Sabah memadai untuk mengendalikan isu pertikaian tanah di negeri ini.
Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan
Wakil rakyat pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberi
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Enam rumah separuh kekal di Kampung Unta musnah
Sekurang-kurangnya enam buah rumah jenis separuh kekal di Kampung Unta, Lahad Datu musnah dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.
Hampir 5 juta rakyat Malaysia berisiko hidap pradiabetes, diabetes - Lukanisman
Diabetes tidak menunjukkan simptom dan kebanyakan individu tidak sedar menghidapinya selain berkemungkinan tidak menjalani pemeriksaan awal.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 25 April hingga 1 Mei
Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok
Jasad mendiang Laskar Kanan Joanna Felicia Rohna akan diberikan penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut di lokasi yang dipersetujui waris di Serian.
Pegawai polis lakukan amang seksual ditahan
Polis Johor menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun, di kawasan Taman Johor Jaya, Isnin lalu.
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.