Tutup

Masyarakat India diminta bertenang berhubung isu kuil

Masyarakat India diminta bertenang berhubung isu kuil
Waytha Moorthy menggesa masyarakat India di negara ini supaya bertenang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy menggesa masyarakat India di negara ini supaya bertenang berhubung isu Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ25 Subang Jaya dekat sini yang hendak dirobohkan.

Beliau berkata pihaknya sedang membuat percubaan untuk menghubungi semua pihak berkaitan dalam usaha mencari penyelesaian yang mesra.
"Saya menyeru masyarakat India supaya bertenang sehingga kita boleh menjalankan siasatan dan mencari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Waythamoorthy berkata komen-komen di kalangan masyarakat India dalam media sosial nampaknya bersifat emosi kerana terdapat versi bercanggah yang tular dan mewujudkan kegelisahan di kalangan masyarakat itu di negara ini.
Pihak Kuil Sri Maha Mariamman berusia 147 tahun itu telah menerima notis untuk dirobohkan.

-- BERNAMA

Tag: P Waytha Moorthy, masyarakat india, kuil seafield, sri maha mariamman, subang jaya, isu kuil


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.