awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat kena ada ilmu pertolongan cemas

Sinar Harian
Sinar Harian
08/10/2018
03:54 MYT
Masyarakat kena ada ilmu pertolongan cemas
Anuar (tujuh, kiri) turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Kamarul dalam kunjungannya ke kediaman keluarga itu yang musnah terbakar kelmarin - Sinar Harian
Penglibatan masyarakat sebagai sukarelawan perlu dipertingkatkan bagi membantu pihak ber­kaitan jika berlaku bencana.
Ahli Parlimen Temerloh, Anuar Tahir berkata, kerja­sama dengan pelbagai pihak dan agensi kerajaan juga penting bagi menangani perkara itu.
Menurutnya, kekerapan seperti banjir dan kebakaran di daerah ini juga memer­lukan penglibatan masya­rakat untuk sama turun padang membantu.
“Badan sukarela dan persatuan penduduk kena ambil inisiatif untuk mendapatkan kemahiran menyelamat. Sudah tentu pihak seperti bomba boleh membantu.
“Orang-orang Temerloh sudah sampai masanya mempunyai kemahiran tertentu seperti menyelamat dan pertolongan cemas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau ditemui selepas melawat kediaman keluarga Kamarul Anuar Jamaludin, 49 di Kampung Batu Satu, Jalan Temerloh-Mentakab yang musnah akibat kebakaran, kelmarin.
Beliau berkata, masya­rakat tidak boleh terlalu bergantung kepada anggota ke­­­se­­lamatan semata-mata seperti bomba atau Angkatan Pertahanan Awam sebaliknya perlu cepat bertindak jika berlaku bencana.
Dalam pada itu, Anuar yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya turut men­zahirkan kesedihan beri­kutan tragedi yang mengor­bankan enam anggota bomba Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di lombong Taman Putra Perdana pada 3 Oktober lalu.
“Saya melihat apa juga tuntutan mereka perlu dipe­nuhi dan seperti kejadian kebakaran di sini dimak­lumkan tiada pili bomba hingga menyukarkan usaha memadamkan api.
“Jadi saya akan merujuk perkara ini kepada rakan se­jawat di kementerian terbabit supaya diberikan per­hatian,” katanya.
Topic Berkaitan
#angkatan pertahanan awam
#anuar tahir
#banjir
#bomba
#kebakaran
#keluarga
#Taman Putra Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan