awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat main peranan penting lindungi tenggiling dari pemburuan haram

Bernama
Bernama
16/02/2019
09:24 MYT
Masyarakat main peranan penting lindungi tenggiling dari pemburuan haram
Ada penduduk kampung yang terlibat dengan kegiatan memburu mamalia itu secara haram, bagi menambah pendapatan mereka. - Bernama
Kesedaran menerusi aspek pendidikan untuk melindungi tenggiling perlu diterapkan kalangan masyarakat terutamanya penduduk kampung, dalam usaha menangani masalah haiwan tersebut dari terus menjadi mangsa pemburu haram.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Hidupan Liar Sabah Siti Nur'ain Ampuan Acheh berkata, ini kerana pihaknya mendapati, ada penduduk kampung yang terlibat dengan kegiatan memburu mamalia itu secara haram, bagi menambah pendapatan mereka.
"Justeru bagi kami, langkah seterusnya adalah pergi ke kampung-kampung untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemeliharaan tenggiling, yang merupakan haiwan terlindung sepenuhnya di bawah jadual satu Enakmen Hidupan Liar.
"Pada masa sama harus dikenal pasti kaedah terbaik, untuk membantu penduduk kampung menjana pendapatan," katanya ketika sesi perkongsian pada program 'Let's Talk Pangolin With Maya Karin' bersempena sambutan Hari Tenggiling Sedunia di sini, pada Sabtu.
Program itu anjuran Pusat Lapangan Danau Girang, yang berpangkalan di Kinabatangan.
Beliau berkata kadar populasi haiwan itu adalah rendah di negeri ini dan masalah itu ditambah lagi dengan aktiviti pemburuan haram.
Menurutnya tidak ada angka tepat untuk menyatakan jumlah populasi tenggiling di Sabah yang masih ada pada masa ini, tetapi ianya adalah rendah dan haiwan itu semakin sukar ditemui disebabkan populasinya yang semakin berkurangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hari tenggiling sedunia
#hidupan liar
#Maya Karin
#pemburuan haram
#penduduk kampung
#sindiket
#tenggiling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan