Masyarakat Malaysia tanpa mengira agama perlu bersama-sama berganding bahu menjaga dan membersihkan alam sekitar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Beliau berkata semua agama yang dianuti rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menerapkan prinsip-prinsip menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar.
"Islam mengajar supaya menjaga kebersihan sehingga dikatakan oleh bijak pandai bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman.
"Saya percaya perkara ini turut diajar dalam agama lain kerana apabila kita bersih, pemakanan kita bersih dan persekitaran kita bersih," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan penutup Program "Clean and Green: Rahmah for All" di Pulau Ketam di sini pada Sabtu.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.
Program berkenaan merupakan inisiatif Jawatankuasa Solidariti Keamanan yang dipengerusikan oleh Mujahid.
Program itu berkonsep menyantuni masyarakat tanpa mengira kaum dan agama serta menonjolkan beberapa elemen kebersamaan dengan menekankan elemen keharmonian, perpaduan, kebersihan dan penjagaan kesihatan kendiri.
Pada program berkenaan, sebanyak 50 keluarga fakir dan miskin dan 21 keluarga Orang Asli dari Pulau Ketam menerima sumbangan berupa barangan makanan dan keperluan asas.
Mengulas mengenai program berkenaan, Mujahid berkata, pihaknya akan mempergiatkan program seumpamanya yang bertepatan dengan konsep Rahmah yang ada dalam Rahmatan Lil Alamin.
"InsyaAllah dengan peruntukan RM10 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 untuk dasar baru ini, kita akan memperbanyakkan program seumpama ini pada tahun depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 19 2019
Mujahid (tiga, kanan) menandatangani plak perasmian Program 'Clean and Green: Rahmah For All' di Kampung Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, 19 Okt, 2019. -- fotoBERNAMA
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Pesawat Bombardier CL-415 Maritim Malaysia digerakkan bagi membantu memadam kebakaran yang dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Kesabaran rakyat ada batasnya - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan isu air di Sabah perlu segera diselsesaikan jika tidak ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar kolej vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Jenayah alam sekitar disabit di mahkamah meningkat tahun lepas - Nik Nazmi
Kes melibatkan jenayah alam sekitar yang disabitkan di mahkamah meningkat kepada 409 kes pada tahun lepas berbanding 289 kes pada 2019.
Rakyat didorong bantu menjaga kelestarian hutan Malaysia
Setiap rakyat Malaysia perlu bersama-sama berusaha mengekalkan bumi Malaysia dengan kehijauan kawasan hutan yang kaya dengan kepelbagaian biologi demi kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang
UTP menang Anugerah Tenaga Negara sebagai pengiktirafan usaha kemampanan
Pencapaian ini menyerlahkan komitmen UTP yang tidak berbelah bahagi terhadap penjagaan alam sekitar.
Berhati-hati beli barangan mesra alam, elak muslihat 'greenwashing'
Slogan sedemikian sebenarnya antara strategi 'acah hijau' (greenwashing) yang digunakan bagi mengabui masyarakat hari ini.
PBBPP rayu pendaki jaga kebersihan di Bukit Bendera
PBBPP merayu kepada semua pengguna laluan terutamanya pendaki supaya menjaga kebersihan alam sekitar di pusat peranginan tersebut.
Jason Momoa nak jadi ahli politik untuk selamatkan dunia
Bintang Aquaman, Jason Momoa ternyata punya cita-cita yang lebih berat berbanding menjadi pelakon sewaktu kecil.
Malaysia komited capai matlamat SDG PBB dan Perjanjian Paris 2015
Peralihan dalam dasar Malaysia baru-baru ini untuk membenarkan eksport tenaga boleh diperbaharui komersial bakal menjana manfaat ekonomi.
'Sponge cities' mungkin penyelesaian banjir di Malaysia?
Konsep 'sponge cities' adalah untuk mengekalkan, membersihkan dan menggunakan semula air hujan secara efektif.
Rombakan Kabinet: Pemisahan NRECC bukan tidak pernah berlaku - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, pemisahan seumpama itu bukanlah sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Laos, ASEAN bekerjasama pupuk kesedaran penggunaan plastik
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada aktiviti dalam bidang kuasa Jawatankuasa Kebudayaan dan Maklumat ASEAN (ASEAN-COCI).