Masyati Abang Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) baharu berkuat kuasa mulai 23 Mei lalu menggantikan Surayati brahim.

Sebelum ini beliau merupakan Perunding Kanan di Bahagian Transformasi Sektor Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dilantik atas pengalaman beliau yang luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Lantikan itu bagi menggantikan Surayani yang kini berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai Selasa lalu.

Masyati pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khasdi bawah mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun 2015, sebelum berkhidmat sebagai Perunding Kanan JPA pada November 2015.

Surayati telah berkhidmat sebagai ketua pengarah jabatan itu sejak Oktober 2017 hingga Mei 2018.