Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sekiranya ada unsur jenayah dalam kejadian pergelutan antara penyokong seorang tokoh politik dengan pelajar Universiti Malaya (UM) pada Jumaat.
Meluahkan rasa kesal dan kecewanya atas insiden itu, Maszlee, dalam kenyataan, berkata universiti merupakan medan intelektual terbuka yang menjadi platform untuk berbincang, berdebat dan berforum secara aman.
"Universiti bukan tempat untuk samseng, pelampau dan pengganas. Untuk anak mahasiswa jangan malu. Ada beban tanggungjawab yang harus kita pikul untuk masyarakat. Kita harus terus ke depan melawan kebobrokan dan menyatakan kebenaran.
"Saya harap jika terdapat unsur jenayah, pihak berkuasa harus mengambil tindakan. Lebih-lebih lagi ia (insiden pergelutan) merosakkan nilai budi dan norma masyarakat kita yang terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan," katanya.
BACA: Program santai Najib kecoh, pelajar dicekik dari belakang
Terdahulu, media melaporkan Program Santai bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di sebuah restoran di hadapan UM petang Jumaat bertukar kecoh apabila berlaku pergelutan antara penyokong Najib dengan beberapa pelajar UM.
Turut tular di laman sosial video klip berdurasi 2.21 minit rakaman insiden pergelutan itu.
BACA: Mahasiswa UM tuntut yuran majlis makan malam dipulangkan
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2019
Pergelutan yang dipercayai berlaku di antara penyokong Najib dengan beberapa pelajar UM tular di media sosial. - Video tular
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
RM500 jumlah ideal perbelanjaan raya seorang lelaki - Presiden BESS
Seorang lelaki wajar berbelanja sehingga RM500 untuk kelengkapan hari raya.
AUKU akan terus diperbaiki demi mahasiswa - Zambry
Komitmen itu adalah untuk memastikan mahasiswa dapat bergerak dengan lebih baik dalam aktiviti yang disertai di setiap universiti di Malaysia.
Pindaan AUKU: Pergerakan golongan mahasiswa tidak lagi terhad - PKPIM
Antaranya, agenda untuk memperkasa mahasiswa akan terhad kerana kelulusan kewangan oleh MPP mungkin tidak banyak, kata Muhammad Dzul Aiman.
Pindaan RUU AUKU dibentang di Dewan Negara bulan depan - KPT
Ia akan melakar sejarah apabila AUKU sekali lagi dipinda untuk mengangkat martabat mahasiswa dan pelajar universiti awam.
Pindaan AUKU lebih realistik berbanding mansuh akta - Zambry
Langkah melaksanakan pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah lebih realistik berbanding cadangan pemansuhan akta berkenaan sebelum ini.
KPT tumpu pembangunan institusi bentuk kecemerlangan akademik
KPT akan menumpukan kepada pembangunan institusi pendidikan tinggi sebagai wahana pengubah dan pembangun budaya dalam membentuk kecemerlangan akademik dan sahsiah mahasiswa.
Penganjuran SOLITY’23 beri impak positif kepada mahasiswa
SOLITY23 melibatkan 20 mahasiswa Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, SMMTC Universiti Utara Malaysia (UUM)
Temu Anwar: PM gesa mahasiswa tolak pemikiran jumud, lapuk
Mahasiswa juga perlu terapkan budaya membaca dalam kalangan masing-masing, dan tingkatkan penguasaan bahasa, khususnya Bahasa Kebangsaan.
Inisiatif Sudut Makanan Percuma, luahan kasih terhadap pelajar
Menurut Penolong Pendaftar SMMTC, Normizan Yusof, penyediaan sarapan percuma telah dilaksanakan lebih 5 tahun di SMMTC.
Kerajaan usaha sedaya upaya ringankan beban belia, mahasiswa - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan akan berusaha sedaya-upaya untuk meringankan beban rakyat khususnya golongan belia dan mahasiswa di negara ini.