awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maszlee lepas jawatan Presiden UIAM akhir bulan ini

Bernama
Bernama
12/11/2018
14:55 MYT
Maszlee lepas jawatan Presiden UIAM akhir bulan ini
Maszlee akan melepaskan jawatan Presiden UIAM selepas pelantikan penggantinya selesai akhir bulan ini. - Astro AWANI/Fail
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata beliau akan melepaskan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) selepas pelantikan penggantinya selesai akhir bulan ini.
"Sebenarnya saya telahpun memutuskan untuk melepaskan jawatan Presiden UIAM iaitu sebaik selepas istiadat konvokesyen UIAM berakhir dan proses pelantikan pengganti saya selesai. Saya percaya proses pelantikan pengganti akan selesai akhir November," katanya dalam akaun Twitter beliau malam ini.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menasihatkan Maszlee supaya melepaskan jawatan presiden itu dengan segera.
Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kerajaan dan parti telah membuat keputusan itu namun Anggota Parlimen Simpang Renggam itu meminta sedikit masa untuk berbuat demikian.
Maszlee berkata beliau menghormati keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Kabinet dan seruan Muhyiddin berhubung isu jawatan itu.
Maszlee dilantik sebagai presiden UIAM ketujuh bagi penggal tiga tahun pada September lepas setelah diperkenankan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah. Beliau menggantikan Dr Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai lepas.
Bagaimanapun, banyak pihak mempersoalkan pelantikan beliau ke jawatan itu antaranya ia bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk membebaskan institusi pendidikan daripada pengaruh politik. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Maszlee Malik
#Presiden UIAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan