awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maszlee Malik sahkan letak jawatan Presiden UIAM

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2019
06:20 MYT
Maszlee Malik sahkan letak jawatan Presiden UIAM
Maszlee Malik mengesahkan beliau tidak lagi memegang jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). -Gambar fail
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengesahkan beliau tidak lagi memegang jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menurut beliau, surat perletakan jawatan itu telah pun ditandatanganinya dan kini hanya menunggu pengumuman rasmi universiti berkenaan untuk pelepasan jawatan yang disandangnya bermula bulan September tahun lepas.
"Saya kini bukan lagi Presiden UIAM, surat perletakan jawatan pun telah saya tandatangani, cuma kini menunggu pengumuman dari UIAM termasuklah individu yang bakal menggantikan saya.
"Peletakan jawatan ini atas kerelaan saya dan demi kebaikan bersama," katanya sepertimana dilapor Bernama pada Ahad.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan kerja dan memberikan sumbangan kelengkapan klinik di Klinik Kesihatan Simpang Renggam yang turut dihadiri oleh Pakar Perubatan dan Kesihatan Keluarga Klinik Kesihatan Simpang Renggam, Dr Fatimah Hassan.
Jelas Maszlee lagi, beliau turut berharap semua pihak dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada individu yang bakal menggantikan tempatnya itu.
Beliau turut enggan mengulas tarikh sah perletakan jawatannya itu, selain enggan mengulas lanjut berkenaan desas-desus individu yang bakal menggantikannya iaitu bekas Naib Canselor UIAM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar.
Sementara itu, semasa lawatannya ke klinik kesihatan berkenaan beliau telah memberikan beberapa kelengkapan untuk kemudahan orang ramai termasuk kerusi menunggu dan alat pendingin hawa.
Katanya, pemberian sumbangan berkenaan adalah susulan daripada gambar dan berita yang diviralkan dalam media sosial mengenai beberapa kemudahan terbabit yang telah uzur serta tidak selesa untuk kegunaan umum.
"Hari ini kita berikan beberapa kemudahan di klinik di sini agar orang ramai terutamanya pesakit akan berada dalam keadaan yang selesa ketika menunggu giliran mereka untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Topic Berkaitan
#letak jawatan
#Maszlee Malik
#Presiden UIAM
#Universiti Islam Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan