awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Ukraine-Rusia: Trump, Zelensky dakwa capai kemajuan dalam perbincangan di Florida
Polis buru ‘Ramesh’ dan ahli kumpulan jenayah terancang
16 warga emas maut dalam kebakaran rumah jagaan di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maszlee mohon penduduk di Simpang Renggam bertenang, ikut arahan pihak berkuasa

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
26/03/2020
14:55 MYT
Maszlee mohon penduduk di Simpang Renggam bertenang, ikut arahan pihak berkuasa
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik memohon agar semua penduduk bertenang dan mengikuti arahan pihak berkuasa untuk perlu kekal berada dalam rumah. - Astro AWANI/ Shahir Omar
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik memohon agar semua penduduk bertenang dan mengikuti arahan pihak berkuasa untuk perlu kekal berada dalam rumah.
Dalam pada itu, pihaknya memberitahu akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi memastikan penularan wabak ini berjaya dikekang sepenuhnya.
Menerusi kenyataan di Facebook rasminya, beliau berkata, beberapa kawasan di Simpang Renggam akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), berkuatkuasa mulai 27 Mac hingga 9 April.
Juga dimaklumkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membekalkan makanan asas yang mencukupi kepada penduduk di dua tempat terbabit sepanjang tempoh ini.
“Kami akan sentiasa memaklumkan dan mengemaskini info serta bantuan yang boleh disalurkan. Hubungi talian Pejabat Parlimen Simpang Renggam ini untuk sebarang aduan atau info di talian 010-235 0151.
“Saya mohon rakyat Malaysia untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh penduduk Simpang Renggam dan para petugas dalam mengharungi masa-masa yang sukar ini,” kata bekas Menteri Pendidikan itu lagi.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengesahkan 83 kes positif wabak COVID-19 telah dikesan di daerah Kluang, Johor.
Daripada jumlah itu 61 kes adalah dari Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam.
Dengan jumlah kes yang tinggi, Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mula dikuatkuasakan di dua kawasan tersebut.
BACA: COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dikuatkuasakan di dua kawasan di Simpang Renggam
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Simpang Renggam
#COVID-19
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Johor
#Kluang
#koronavirus
#Maszlee Malik
#Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan