awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mata pelajaran 'budi' wajib di sekolah dan IPT

Bernama
Bernama
14/06/2017
00:12 MYT
Mata pelajaran 'budi' wajib di sekolah dan IPT
Mata pelajaran itu penting sebagai asas pembentukan budaya dan cara hidup rakyat negara ini dalam usaha melahirkan masyarakat yang memiliki ketinggian budaya. - Gambar fail
Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Rais Yatim berkata pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan supaya sukatan pelajaran budi atau bimbingan budaya diwajibkan di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata mata pelajaran itu penting sebagai asas pembentukan budaya dan cara hidup rakyat negara ini dalam usaha melahirkan masyarakat yang memiliki ketinggian budaya.
"Selaras dengan Kongres Budaya 2017 baru-baru ini, saya akan menemui Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 15 Jun (Khamis) ini bagi membincangkan sukatan pelajaran budi.
"Kita akan membincangkan skop mata pelajaran ini dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian dan kita mahukan silibus budi ini membentuk jati diri bangsa termasuk budi pekerti, saling hormat-menghormati dan amalan gotong-royong," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa UIAM, malam tadi.
Beliau berkata perjumpaan pada Khamis ini akan turut membincangkan cara bimbingan dan penerapan budi dalam kalangan guru dan pendidik terlebih dahulu bagi memastikan penyampaian kepada pelajar lebih berkesan.
Terdahulu, Rais turut menyampaikan bantuan kewangan kepada 19 kakitangan UIAM yang merupakan golongan asnaf, ibu tunggal dan pesakit kanser sebelum bersama-sama menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di kampus universiti itu.
Rais berkata bantuan itu bagi meringankan beban penerima dalam menyediakan persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut dalam dua minggu lagi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#akademik
#budi
#Kementerian Pendidikan
#Mahdzir Khalid
#pelajaran
#Rais Yatim
#sekolah
#Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan