Selepas beberapa spekulasi mengenai masa depannya dengan Pahang, pemain bek kanan kebangsaan, Matthew Davies akhirnya mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan pasukan pantai timur itu untuk menyertai pasukan lain.
Walaupun tidak mendedahkan pasukan baharunya, Bernama difahamkan pemain pertahanan kelahiran Australia itu akan menyertai juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dipercayai telah menebus kontraknya dengan Pahang.
"Hari ini merupakan hari terakhir saya bersama Pahang FA. Setelah lima musim dengan kelab ini dan lebih 150 perlawanan, saya mengucapkan selamat tinggal," menurut pemain itu yang lebih dikenali sebagai Matt Davies dalam hantaran terbaru di Instagramnya;matttdavies.
"Sukar untuk saya mengucapkan dengan perkataan bahawa negeri ini amat bermakna bagi saya dan sukarnya untuk dipisahkan. Pahang akan sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam sanubari saya. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya, kakitangan Pahang FA dan sudah tentu para peminat," tambah pemain berusia 25 tahun itu yang menyertai Pahang dari Australia, Perth Glory pada April 2015.
Davies juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden Pahang FA, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Almarhum Sultan Ahmad Shah yang memberikan beliau peluang menjadi kapten Pahang sejak 2016.
Sebelum itu, khabar angin dalam media sosial mendakwa JDT telah membuat tawaran menarik kepada Davies untuk menyertai skuad Harimau Selatan. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 17 2020
JDT dipercayai telah menebus kontrak Matt Davies dengan Pahang. - Gambar Instagram MATT DAVIES
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Matt Davies, Junior Eldstal tidak sertai Harimau Malaya ke Oman
Dengan ketiadaan Matthew dan Junior, Harimau Malaya kini mempunyai 31 pemain dalam kem latihan.
Piala Asia Qatar: Lilitan kapten bakal dipakai Matt Davies?
Kelihatan pemain pertahanan negara, Matt Davies, memakai lilitan kapten ketika perlawanan persahabatan bertemu Syria awal pagi tadi.
Giliran pemain Harimau Malaya, Matt Davies tamatkan zaman bujang
Pertahanan sayap kebangsaan, Matt Davies, selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Jenna Vivian.
TMJ tegur Matt Davies supaya 'diam' di media sosial, mula usaha kejar kemenangan
Tungku Mahkota Johor itu meninggalkan komen yang agak pedas sebagai reaksi terhadap kemas kini Instagram pertahanan negara, Matt Davies.
Sudah tiga tahun, Tunku Ismail perhati Matt Davies
Penyertaan Matt Davies dalam skuad Harimau Selatan merupakan satu pelaburan terbaik dan jangka masa panjang.
Matt Davies tinggalkan Pahang sertai JDT
Selepas beberapa spekulasi mengenai masa depannya dengan Pahang, pemain bek kanan kebangsaan, Matthew Davies akhirnya mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan pasukan pantai timur itu.