awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Matthias Chang ditahan di bawah SOSMA

Tan Su Lin
Tan Su Lin
08/10/2015
09:31 MYT
Matthias Chang ditahan di bawah SOSMA
Matthias yang juga merupakan Bekas Setiausaha Politik kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu ditahan selama 24 jam untuk disiasat di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan. - Gambar Fail
Peguam kepada Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 di Balai Polis Dang Wangi.
Matthias ditahan sekitar pukul 2.30 petang selepas melawat Khairuddin di balai polis itu yang juga ditahan di bawah akta sama.
Perkara itu disahkan peguam, Mohd Akmal Afiq, yang bersama Matthias ketika beliau ditahan.
Menurut Akmal, Matthias yang juga merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu ditahan selama 24 jam untuk disiasat di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan.
"Pada 2 petang tadi di Balai Polis Dang Wangi, Matthias dan saya berjumpa dengan Datuk Khairuddin untuk mendapatkan arahan lanjut daripada beliau berhubung persiapan kes kami."
"Hampir setengah jam setelah selesai kami keluar dari bilik perjumpaan tersebut dan Matthias dimaklumkan ASP Muniandi bahawa beliau sekarang ditahan di bawah SOSMA dan disiasat di bawah seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Seksyen 124K dan 124L masing-masing berhubung kesalahan sabotaj dan cuba untuk mensabotaj negara.
Di bawah SOSMA, Matthias boleh ditahan tanpa bicara sehingga 28 hari.
"Penahanan Matthias bermula 2.30 petang selama 24 jam sehingga keesokan hari dan akan dilanjutkan sekiranya difikirkan perlu oleh polis.
"Langkah seterusnya bagi kami selaku peguam beliau yang akan diketuai peguam utama Zainur Zakaria, kami akan memfailkan permohonan menentang penahanan beliau iaitu permohonan habeas corpus di Mahkamah Kuala Lumpur dalam tempoh secepat mungkin," katanya.
Topic Berkaitan
#Dang Wangi
#IPD
#Khairuddin Abu Hassan
#Matthias Chang
#Mohd Akmal Afiq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan