awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maut dilanggar selepas disyaki curi pisang

Bernama
Bernama
14/03/2019
21:40 MYT
Maut dilanggar selepas disyaki curi pisang
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh yang boleh membawa hukuman mati mandatori. - Gambar hiasan
Seorang lelaki maut setelah dilanggar anak pemilik kebun pisang dalam kejadian yang didakwa berpunca daripada insiden kecurian pisang di Kampung Paya Lang, Mengkuang, Bera, pada Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nayan berkata lelaki berumur 25 tahun itu disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Triang, Bera pada pukul 3.00 pagi.
Beliau berkata lelaki itu dipercayai dilanggar oleh anak pemilik kebun berkenaan yang datang ke kebun pada pukul 2.00 pagi selepas dimaklumkan oleh pekerjanya terdapat tiga lelaki menceroboh.
"Tiga lelaki itu bergegas melarikan diri dengan menaiki motosikal dan dikejar oleh suspek yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda, bagaimanapun semua lelaki itu terlepas," katanya kepada pemberita di sini.
"Namun semasa dalam perjalanan pulang dari kebun kemudiannya, suspek dipercayai ternampak dua motosikal yang dikatakan serupa dengan motosikal lelaki yang dikatakan menceroboh, lalu terus dilanggarnya," tambahnya
Othman berkata polis kemudiannya menahan suspek yang berumur 22 tahun bersama dua rakan berumur 19 dan 22 tahun, serta seorang lelaki Indonesia berumur 47 tahun yang bekerja di kebun pisang itu.
Menurutnya turut ditahan ialah dua rakan lelaki yang meninggal dunia yang berumur 31 dan 33 tahun bagi membantu siasatan berhubung aduan kecurian pisang yang dibuat suspek.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh yang boleh membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 379 kanun sama bagi kesalahan mencuri yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bera
#Kanun Keseksaan
#kebun
#kebun pisang
#kecurian
#kemalangan
#lelaki
#maut
#membunuh
#menceroboh
#motosikal
#Othman Nayan
#pisang
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan