awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maut dilanggar selepas terjatuh motosikal

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
30/11/2019
03:13 MYT
Maut dilanggar selepas terjatuh motosikal
Akibat pelanggaran itu, mangsa yang menaiki motosikal telah terjatuh di atas jalan di lorong kanan. - Foto PDRM
Seorang lelaki maut dirempuh kenderaan selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya di Kilometer 52.5, Jalan Ipoh-Taiping berhampiran Taman Lavender di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu, mangsa Hamizan Abdul Shukor, 58 tahun, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah ACP Razali Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC itu dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Taiping.
Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar belakang sebuah kereta di lorong sama.
"Akibat pelanggaran itu, mangsa telah terjatuh di atas jalan di lorong kanan, sebelum sebuah kenderaan yang tidak pasti (jenis), yang datang dari arah sama, gagal mengelak lalu melanggar mangsa.
"Kenderaan yang melanggar mangsa bagaimanapun tidak berhenti dan dipercayai telah melarikan diri," katanya hari ini.
Mangsa telah terjatuh di atas jalan di lorong kanan sebelum sebuah kenderaan yang datang dari arah sama gagal mengelak lalu melanggar mangsa. - Foto PDRM
Mangsa telah terjatuh di atas jalan di lorong kanan sebelum sebuah kenderaan yang datang dari arah sama gagal mengelak lalu melanggar mangsa. - Foto PDRM
Menurut Razali, mangsa yang parah maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.
Katanya, semakan telah dilakukan menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian, bagaimanapun, lokasi tersebut berada di luar kawasan rakaman.
Menurutnya, usaha sedang dilakukan untuk mengesan kenderaan yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#CCTV
#cedera parah
#hilang kawalan
#jatuh motosikal
#Kuala Kangsar
#langgar lari
#mangsa
#maut
#mayat
#motosikal
#polis
#rakaman litar tertutup
#Razali Ibrahim
#Taiping
#Taman Lavender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan