awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maut dipukul kerana tidak bayar gaji

Hakim Rahman
Hakim Rahman
02/09/2019
16:12 MYT
Maut dipukul kerana tidak bayar gaji
Keadaan jasad mangsa selepas serangan oleh pekerjanya yang berang akibat tidak dibayar gaji. - Foto PDRM
Seorang penyelia syarikat keselamatan menemui ajal selepas dipukul menggunakan topi keledar oleh pengawal keselamatan dalam kejadian di sebuah kondominium di Seksyen 13, di sini.
Mayat mangsa ditemui pada petang Isnin dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di tandas kakitangan pengawal keselamatan yang berkunci.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, siasatan awal mendapati mangsa dipukul menggunakan topi keledar oleh salah seorang pengawal keselamatan.
“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku Ahad lalu kira-kira jam 6 petang menunjukkan mangsa telah dipukul berkali-kali menggunakan topi keledar oleh pengawal keselamatan di dalam Bilik Kawalan Pengawal Keselamatan,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Mohd Zani berkata sepasukan polis dari Unit jenayah Berat D9 Ibupejabat Polis Petaling Jaya kemudiannya telah menahan dua pengawal keselamatan warga Nepal dan seorang pengurus keselamatan warga tempatan di perkarangan kondominium itu bagi membantu siasatan.
“Hasil soal siasat mendapat pengawal berkenaan bertindak memukul mangsa disebabkan mangsa tidak membayar gaji kepada pengawal keselamatan disana,” katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#jenayah
#PDRM
#pengawal keselamatan
#penyelia maut
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan