Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) masih boleh beroperasi secara berasingan bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan lagi sebelum penggabungannya dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata ia akan mengambil masa beberapa bulan bagi kerajaan untuk memansuh dan meminda beberapa undang-undang, membincangkan tentang struktur dan bagaimana memindahkan peranan Mavcom kepada CAAM.
"Mavcom masih boleh beroperasi seperti biasa sehingga kami memansuhkan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 di Parlimen dan sehingga saya memuktamadkan secara rasmi Mavcom tidak lagi beroperasi.
"Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, kakitangan akan tetap datang ke pejabat, kita akan membayar gaji mereka seperti biasa," katanya sambil menambah kebajikan 59 kakitangan Mavcom akan dijaga.
Bercakap kepada media selepas pelancaran Hab Kargo Udara GTR di sini, hari ini, Loke berkata penggabungan itu akan menjadikan badan kawal selia Malaysia lebih cekap serta dapat mengurangkan kerenah birokrasi.
"Sekarang ini kita ada dua pengawal selia. Jika mana-mana syarikat penerbangan, syarikat kargo udara atau syarikat pengendalian darat mahu mendapatkan lesen untuk beroperasi, mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada CAAM dan kemudiannya perlu pergi kepada Mavcom untuk kelulusan lain.
"Jadi kami fikir ini adalah satu lapisan birokrasi yang kami mahu hapuskan dan kami mahu mentransformasikan dan memperkasakan CAAM," katanya.
Loke yang diminta mengulas kenyataan Pengerusi Eksekutif Mavcom Dr Nungsari Ahmad Radhi yang merasa kecewa dengan keputusan kerajaan mengenai penggabungan itu, berkata, beliau terkejut dengan reaksi Nungsari itu.
"Itu adalah keputusan Kabinet dan saya terkejut yang beliau merasa kecewa.
"Setelah mendapat kelulusan daripada Kabinet semalam, saya mengarahkan ketua setiausaha saya untuk memaklumkan kepada Mavcom dan membentuk satu jawatankuasa kecil atau pasukan petugas khas untuk melihat kepada pelbagai isu dari segi penggabungan, seperti kebajikan kakitangan dan jawatan, dan perbincangan itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa bulan.
"Jadi ia bukan seolah-olah kita tidak berbincang dengan Mavcom," katanya.
Mavcom adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan pada 1 Mac, 2016, di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 untuk mengawal selia hal ehwal ekonomi dan komersial berkaitan dengan penerbangan awam.
Matlamat suruhanjaya itu adalah untuk menggalakkan industri yang berdaya maju dari segi komersial, berorientasikan pengguna dan berdaya tahan yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
--BERNAMA
Bernama
Thu Dec 12 2019
ANTHONY: Mavcom masih boleh beroperasi seperti biasa sehingga kami memansuhkan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 di Parlimen. - Gambar fail
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Kekejaman zionis: PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa membentuk kabinet baharu di mana beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Luar.
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
Garis panduan permohonan pemeriksaan berkala kenderaan bermotor boleh diakses mulai 15 April
Garis panduan itu mengandungi antara lain syarat perkhidmatan, prosedur pemeriksaan, peralatan pemeriksaan, dan syarat pengoperasian pusat pemeriksaan.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.
Kos pembinaan ECRL kekal pada RM50.27 bilion - Anthony Loke
Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih kekal pada RM50.27 bilion.
Aidilfitri: KTMB sedia lebih 15,000 tiket tambahan - Anthony Loke
Khusus ke Pantai Timur, KTMB turut menyediakan dua perjalanan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri pergi dan balik.
Kehilangan MH370: Anthony Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
Kehilangan MH370: Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
Aidilfitri: Bantuan subsidi penerbangan dilanjutkan kepada 4 hari
Bantuan subsidi musim perayaan dilanjutkan bagi penerbangan sehala antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Labuan dari tiga hari kepada empat hari sebelum sambutan Aidilfitri.
MOT lancar e-Dereg mudahkan proses pembatalan pendaftaran kenderaan
Pelaksanaan proses ini bagi memastikan pelupusan kenderaan motor dapat dilakukan secara teratur selain mematuhi peraturan ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
MoT tidak terima inisiatif dana hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak menerima inisiatif dana daripada hasil penjualan nombor pendaftaran kenderaan.
Isu stoking: Pemimpin politik perlu jadi pembina jambatan selesaikan isu sensitif - Anthony Loke
Pemimpin parti politik seharusnya menjadi 'pembina jambatan' dalam mengeratkan semangat perpaduan di negara ini.
Had laju tak naik, kekal 110 km/j
Kerajaan masih belum bercadang untuk meningkatkan had laju di negara ini.