Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Mayat keenam tragedi bot terbalik di Bachok ditemui

Mayat keenam tragedi bot terbalik di Bachok ditemui
Mangsa, Harun Daud, 57, ditemui terapung sekitar jam 4.19 petang tadi sebelum di bawa ke jeti pendaratan ikan Kuala Kemasin.
BACHOK: Mayat keenam mangsa tragedi bot terbalik di Bachok ditemui di kawasan perairan Laut China Selatan, kira kira 21 batu nautika dari Kuala Kemasin.

Mangsa, Harun Daud, 57, ditemui terapung sekitar jam 4.19 petang tadi sebelum di bawa ke jeti pendaratan ikan Kuala Kemasin.

Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman, mayat tersebut disahkan oleh anak mangsa berdasarkan pakaian terakhir yang dipakainya sebelum ke laut.

"Kami terima maklumat dari nelayan. Ketika pihak maritim sampai di lokasi, kami belum dapat mengesahkan mayat, sehinggalah dibawa naik ke jeti," kata Samsulmuddin.
BACA: Mayat kelima tragedi bot terbalik di Bachok ditemukan

BACA: 4 maut, 4 lagi hilang selepas bot bawa pemancing terbalik di Bachok
Menurutnya lagi, mayat ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan sempurna dan pengecaman dibuat berdasarkan jam tangan yang dipakai serta dompet yang berada di dalam poket seluar mangsa.

Mayat mangsa ditemui sekitar 9.2 batu nautika dari kawasan bot yang dinaikinya terbalik pada malam 29 Jun lepas.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

Sementara itu, operasi mencari dua lagi mangsa Arman Ismail, 43 dan Che Wadi Bakar, 30-an akan disambung esok.

Setakat ini, lima mangsa yang meninggal dunia telah ditemukan sejak operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan iaitu Mohd Syahrizan Daud, 40-an, Muhamad Zaki Muhamad Nordin, 19, Wan Aminudin Wan Hussin, 60-an, seorang warga Thailand yang hanya dikenali sebagai Pokta, 50-an dan Ahmad Syafiq Che Alim, 30.

Sementara itu, 12 daripada 20 mangsa pula selamat dalam kejadian tersebut, dengan kesemua mangsa berusia antara 18 hingga 60 tahun.



Tag: bot terbalik, Kuala Kemasin, nelayan, mayat, operasi, Bachok, Harun Daud, Polis Daerah Bachok



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.