Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Mayat ketiga mangsa bot terbalik Pulau Nunuyan dijumpai

Mayat ketiga mangsa bot terbalik Pulau Nunuyan dijumpai
Mayat yang belum dikenal pasti identiti itu dijumpai terapung oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kepada pasukan Polis Marin. -Astro AWANI
SANDAKAN: Mayat seorang lelaki dewasa dipercayai mangsa bot terbalik di perairan Pulau Nunuyan pada Khamis ditemukan terapung di perairan Kampung BDC, sandakan, pada pagi Ahad.

Mayat yang belum dikenal pasti identiti itu dijumpai terapung oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kepada pasukan Polis Marin.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata
penemuan itu menjadikan jumlah mayat yang ditemukan setakat ini tiga orang.

Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini untuk dibedah siasat.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki tiga mangsa daripada enam yang hilang sedang giat dijalankan.

SAR pada Ahad sudah memasuki hari ketiga membabitkan 111 anggota dari empat agensi keselamatan.






Tag: bot terbalik, Sandakan, mayat lelaki dewasa, Pulau Nunuyan, Kampung BDC, Hospital Duchess of Kent, Mohd Khairulanuar Abd Majid



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.