awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki dijumpai terapung di Pantai Remis

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
04/12/2015
14:02 MYT
Mayat lelaki dijumpai terapung di Pantai Remis
Siasatan awal mendapati mayat tersebut adalah seorang warga tempatan berusia 33 tahun. - Gambar hiasan
Seorang lelaki terkejut apabila objek yang terapung di kawasan pelantar ikan sekitar Pantai Remis yang dilihatnya rupa-rupanya adalah mayat seorang lelaki.
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Zailan Tengku Ahmad Shah berkata lelaki itu kemudiannya bergegas membuat laporan polis berhubung penemuannya tersebut.
Jelasnya, pihaknya menerima panggilan daripada pengadu sekitar 11.20 pagi dan segera menggerakkan anggota ke tempat kejadian.
"Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan anggota polis mendapati ada mayat terapung dan sedang dihanyutkan arus menghala ke laut. Polis telah meminta bantuan sebuah bot awam yang berada di kawasan berhampiran untuk menaikkan mayat tersebut," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada petang Jumaat.
Tengku Zailan berkata, siasatan awal mendapati mayat tersebut adalah seorang warga tempatan berusia 33 tahun.
"Mayat tersebut sudah dihantar ke Hospital Seri Manjung bagi tujuan bedah siasat dan kes akan disiasat dengan lebih terperinci," tambahnya.
Topic Berkaitan
#manjung
#mayat terapung
#Pantai Remis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan