Mayat seorang lelaki dipercayai mati ditembak ditemui di Hospital Kelaboran, di sini malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Redzuan Mohamad, 27, berasal dari Kampung Bendang Pak Yong, dipercayai diletakkan oleh sekumpulan tiga lelaki pada pukul 11 malam di Bilik Forensik, hospital itu.

Menurut seorang saksi yang enggan mendedahkan identitinya, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan tangan dipercayai ditembak dari jarak dekat.

Sebutir peluru turut dikatakan menembusi belakang kepala mangsa manakala tangan kanan mangsa mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Abdul Rahman Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan akan mengadakan sidang media hari ini.