Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjun dari Jambatan Sungai Kerian di sini, awal pagi Selasa, ditemui awal pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, mayat lelaki berumur 52 tahun itu ditemui pada 4.20 pagi, kira-kira dua meter dari tempat dia jatuh.

Katanya, penemuan itu hasil operasi pencarian dengan kaedah ‘surface searching’ yang digunakan anggota bomba.

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini.

Pada Selasa, seorang lelaki dilaporkan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari jambatan tersebut.

Jurucakap JBPM Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 3.35 pagi dan kemudiannya menjalankan operasi mencari dan menyelamat.