awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penguatkuasaan JPJ terhadap kenderaan berat sepanjang tahun - Loke
MINDEF perkukuh tatacara dan tatakelola, tutup ruang rasuah, salah guna kuasa
'Black Maria' bawa OKT terbalik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat Nur Dhiya Aqilah ditemui

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
05/12/2019
02:03 MYT
Mayat Nur Dhiya Aqilah ditemui
Mayat Nur Dhiya dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat. - Foto ihsan PDRM
Mayat Nur Dhiya Aqilah Khairul Adli, 6 tahun, yang dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam Sungai Pulau Kucing dekat Kampung Penjom di sini Isnin lalu ditemui anggota penyelamat pagi ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azli Mohd Noor berkata, mayat kanak-kanak berkenaan ditemui kira-kira jam 8.04 pagi, lebihkurang empat kilometer dari tempat mangsa terjatuh.
"Mayat mangsa ditemui terapung oleh anggota penyelamat dan sudah dihantar ke Hospital Kuala Lipis di sini untuk proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azli berkata, siasatan mendapati, ketika kejadian, mangsa bersama tujuh rakannya berusia lingkungan 6 hingga 16 tahun pergi ke sungai berkenaan untuk mencuci tangan.
Foto ihsan PDRM
Foto ihsan PDRM
"Semasa sedang mencuci tangan, mangsa telah tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Dua orang rakannya masuk ke sungai untuk cuba menyelamatkannya, namun ketiga-tiganya hanyut dibawa arus.
"Rakan-rakan yang lain menjerit meminta tolong dan pada masa yang sama terdapat orang kampung sedang menoreh getah di kawasan tersebut terdengar dan mendapati tiga orang sedang terkapai-kapai di dalam sungai.
"Penduduk kampung terus mengambil bot dan menyelamatkan dua orang manakala seorang gagal diselamatkan, dipercayai mangsa telah hanyut dibawa arus deras," katanya.
Topic Berkaitan
#Azli Mohd Noor
#hanyut
#jatuh
#Kanak-kanak
#lipis
#mangsa
#mayat
#Nur Dhiya Aqilah Khairul Adli
#polis
#siasatan
#Sungai
#tergelincir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan