awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pelajar sekolah lemas ketika mandi sungai ditemui

Bernama
Bernama
12/03/2017
10:09 MYT
Mayat pelajar sekolah lemas ketika mandi sungai ditemui
Mayat M.Philip Damian, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ditemui kira-kira 7.30 pagi tadi oleh nelayan. - Gambar hiasan
Mayat pelajar lelaki tingkatan tiga ditemui terapung di Sungai Tok Tung-Tung, kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Kerian di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafee Abdul Samad berkata mayat M.Philip Damian, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ditemui kira-kira 7.30 pagi tadi oleh nelayan.
"Polis menerima panggilan telefon daripada seorang nelayan memaklumkan terjumpa mayat seorang lelaki terapung di kawasan Sungai Tok Tung-Tung dan pihak bomba telah membawa mayat berkenaan ke darat.
"Sebelum dilaporkan hilang, mangsa bersama tiga rakannya dikatakan mandi di Sungai Kerian kira-kira 11 pagi Jumaat lepas," katanya di sini hari ini.
Ketika ke tempat kejadian, polis menemui baju serta beg sekolah mangsa di tebing sungai berkenaan.
Shafee berkata pengecaman mayat dilakukan bapa mangsa sebelum dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat.
Sementara itu, bapa mangsa K.Manikam berusia 40-an berkata mereka sekeluarga masih bersedih dengan kejadian itu namun lega kerana mayat anak sulungnya akhirnya ditemui.
"Sejak dia dilaporkan hilang ketika mandi, kami sekeluarga berada di tepi sungai setiap hari bagi mengikuti perkembangan operasi mencari Philip," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#bomba
#hilang
#lelaki
#lemas
#mangsa
#Nibong Tebal
#pelajar
#Philip Damian
#sekolah
#sungai kerian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan