awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
[KOLUMNIS] Pakatan Arab Saudi, UAE di Yaman semakin retak
Aliran trafik bergerak perlahan seluruh negara, menjelang ambang tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pendaki Gunung Basor selamat dibawa turun

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
15/02/2020
04:05 MYT
Mayat pendaki Gunung Basor selamat dibawa turun
Jenazah mangsa dibawa oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terpaksa menempuh perjalanan yang mencabar bermula malam tadi dari kawasan hutan tebal dan gunung dengan ketinggian 1600 meter. - Foto JBPM
Mayat pendaki yang meninggal dunia akibat sesak nafas pada lewat petang Rabu lalu berjaya dibawa turun dari Kem Kubang, Gunung Basor, Kuala Balah, di sini, pagi ini, selepas menempuh perjalanan lebih 16 jam.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, jenazah Zulkifli Ibrahim, 43 tahun, selamat dibawa turun dan tiba di Renyut Dua Intake, Bukit Selar, sekitar jam 8 pagi.
Jenazah mangsa dibawa oleh pasukan mencari dan menyelamat yang terpaksa menempuh perjalanan yang mencabar bermula malam tadi dari kawasan hutan tebal dan gunung dengan ketinggian 1600 meter.
Salah seorang rakannya yang menunggu jenazah juga turut mengiringi, manakala seorang lagi rakannya telah turun lebih awal dan tiba semalam.
Pada Jumaat, unit udara JBPM turut membantu mengesan lokasi mereka namun gagal disebabkan keadaan cuaca yang teruk sehingga menyukarkan kerja-kerja anggota penyelamat itu.
Menurut Mohd Adni, seramai 49 orang anggota bomba dan polis, lima renjer Jabatan Perhutanan Kelantan dan 28 penduduk serta malim gunung terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat yang bermula pada petang 13 Februari lalu.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, seorang pendaki meninggal dunia akibat sesak nafas ketika melakukan rentas jalan di gunung berkenaan. Selain mangsa, dua lagi rakannya turut terkandas di kawasan hutan tebal dan gunung berkenaan.
Kesemua mereka dikatakan memulakan pendakian dan penerokaan kawasan berkenaan pada 10 Februari lepas.
Bagaimanapun, sekitar jam 7 petang Rabu, salah seorang darinya mengalami sesak nafas dan meninggal dunia di satu 'check point' gunung berkenaan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat, manakala dua rakan yang bersama mangsa berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kelantan, Bukhari Mat memaklumkan, kumpulan yang mendaki itu bukan dari kalangan ahli persatuannya.
Bahkan, kawasan pendakian dan penerokaan yang dilakukan di Gunung Basor itu merupakan kawasan hutan simpan kekal yang belum diwartakan sebagai Taman Negeri.
Topic Berkaitan
#bomba
#Gunung Basor
#JBPM
#jeli
#jenazah
#Kelantan
#mangsa
#mayat
#meninggal dunia
#pendaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan